berita

‘Saya Terkilan Kerana Kontrak Ditamatkan Secara Tiba-Tiba Tanpa Sebab Yang Jelas’

December 6th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

kaka azraff palestin 1

Penyanyi Kaka Azraff menuntut penjelasan jelas dan terperinci daripads pihak pengurusan Warner Music Malaysia berhubung penamatan kontraknya sebagai artis naungan label tersebut.

Artikel Berkaitan: Tak Gentar Pertahankan Palestin, Kaka Azraff ‘Kunci Mulut’ Selepas Diserang Penyokong Israel 

Artikel Berkaitan: Kaka Azraff Sah Ditamatkan Kontrak Warner Music

‘Saya terkilan kerana ia ditamatkan sedemikian rupa’

Menerusi sidang media yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, Mutiara Damansara pada Rabu, Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff akur dengan keputusan yang telah dibuat namun berasa terkilan kerana ianya berlaku secara tiba-tiba pada 1 Disember lalu.

Saya percaya rezeki Allah itu luas tapi saya terkilan kerana ia ditamatkan sedemikian rupa, secara tiba-tiba, tanpa menyatakan sebab dengan jelas atau ruang perbincangan, walaupun tempoh notis diberikan adalah selama 30 hari.

Menjelaskan mengenai skrin tangkap layar yang tular baru-baru ini, Kaka memaklumkan bahawa Direct Messsage (DM) kemungkinan ditularkan oleh penerima DM tersebut.

Saya menghantar DM tersebut setelah saya menonton video propaganda Israel yang dikongsikan di dalam InstaStory seorang pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, menggambar kononnya Israel tidak bersalah dan orang-orang Gaza yang sengaja memilih kematian.

Tapi secara ringkasnya, video itu memaparkan keadaan di Israel, dengan komen, ‘we choose life’ dan kemudian memaparkan keadaan di Gaza dengan komen ‘but they choose death’.

‘Saya tidak ingin memandang ke belakang’

Kaka Azraff

Penyanyi berusia 34 tahun itu kemudian menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mendakwa orang-orang Arab dan Islam di Gaza yang memilih untuk mati, sedangkan Israel yang menjajah, menyerang dan membunuh mereka. Ujar Kaka lagi, tindakan itu dilakukan atas naluri kemanusiaan.

Saya akui mungkin pilihan kata-kata saya itu agak keras, tetapi itu menggambarkan kemarahan saya pada waktu itu (bahkan sehingga kini pun), menyaksikan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku di hadapan mata seisi dunia waktu ini.

Mungkin, saya seharusnya memilih kata-kata yang lebih sopan, saya tidak nafikan hal itu. But I’ve said what I’ve said dan saya tidak ingin memandang ke belakang.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bukan Hal Aku itu menegaskan bahawa dia bukanlah anti-semite malah tidak bersifat perkauman.

Saya serahkan isu perundangan penamatan kontrak saya itu kepada peguam saya. Saya sahkan, memang notis penamatan telah dikeluarkan oleh Warner Music Malaysia.

Kalau sudah ditamatkan, maka saya terima dan akur terma-terma penamatan itu akan diperhalusi oleh peguam saya dan saya juga terbuka kepada sebarang perbincangan, sekiranya perlu.

Terdahulu, nama penyanyi terkenal Kaka Azraff menjadi bualan hangat di media sosial berikutan meninggalkan komen dengan mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Susulan daripada itu, syarikat rakaman Warner Music mengesahkan telah menamatkan kontrak Kaka yang menjadi artis naungan label itu.

SKIP THIS AD ×