Penyanyi, Amira Othman berkongsi sebab memilih untuk memasangkan bacaan doa ibu bapa berbanding lagu semasa berjalan mengiringi masuk dewan bersama ibunya pada majlis akad nikah Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ’14 September 2025 Tarikh Yang Sangat Bermakna Buat Saya’ – Amira Othman Kongsi Coretan Hati

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’

Doa ibu bapa

Menurut pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, dia sangat menyukai doa tersebut kerana ia mempunyai makna yang mendalam bagi dirinya.

Amira berkata dia akan sentiasa mengingati pesan bapanya untuk selalu bersangka baik dan menjadi orang yang baik.

Kalau cerita pasal ibu bapa memang tidak akan habis kerana sampai mati mereka adalah syurga kita (anak-anak). Takkan boleh beli dekat mana-mana dah.

Mama adalah orang yang sentiasa doakan saya, sentiasa saya mohon doa walau sekecil zarah urusan hidup saya sebab saya yakin doa ibu tiada hijab.

Macam-macam keajaiban dengan doa ibu ni.

Tambah isteri kepada pelakon kacak, Fattah Amin, kebiasaannya ayat yang dikongsi adalah hasil pemahamannya tentang kehidupan yang dijalani dengan bimbingan kedua ibu bapanya.

Abah banyak mengajar dan fahamkan saya.

Banyak lagi yang harus saya belajar sebab saya pun buat salah dan silap tapi saya yakin jika ibu bapa redha, maka Allah akan redha juga, Insya-Allah.

Usahakan

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai.

Pelantun lagu Hati-Hati itu juga berkata sebagai anak perlu usaha sehabis baik untuk menunaikan permintaan ibu bapa

Usahalah walaupun leceh, tapi jangan risau Allah ambil kira bakti kita.

Nanti ada benda ajaib akan berlaku. Nampak macam kecil tapi besar sangat.

Sumber: Instagram