Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita membuat pendedahan mengejutkan apabila mengaku telah terlanjur bersama bapa mentuanya sendiri.
Artikel Berkaitan: Wanita Dihantui Rasa Bersalah, Gugur Anak Luar Nikah – ‘Ibu Minta Maaf Ya Nak’
Artikel Berkaitan: ‘Pada Usia 18 Tahun Saya Hilang Dara, Cikgu Lelaki Tu Dah Kahwin & Ada Anak 3 Orang’
Terlanjur dengan bapa mentua
Sekadar gambar hiasan
Menerusi pengakuan yang dikongsikan di aplikasi X, wanita berusia 25 tahun itu memberitahu kejadian itu berlaku selepas ibu mentuanya meninggal dunia sementara si suami bekerja sebagai offshore.
Sudah dua tahun berkahwin tetapi ia long distance dengan suami. Saya tak rapat sangat dengan mentua sehingga tahun lepas. Saya mula jaga rumah selepas mak mentua meninggal dunia.
Sejak daripada itu, dia kerap singgah ke rumah mentuanya untuk tujuan mengemas rumah dan menyediakan makan minum buat bapa mentua dan adik iparnya.
Beberapa bulan lalu saya tinggal selama seminggu di sana sebab ayah mentua jatuh sakit, dan adik ipar berada di universiti. Saya terlanjur dengan bapa mentua dan saya rasa teruk sangat lepas tu.
Tapi saya tak menyesal. Sejak tu, saya tak boleh lupakan apa yang terjadi. Saya sayang suami tetapi ayah mentua hebat di ranjang dan memang jaga saya elok ketika saya di sana. Makin lama makin teringin nak bersama dia.
Wanita ini turut menyifatkan hubungan intim yang dilakukan bersama suami tidak sama seperti dilakukan dengan bapa mentuanya.
Selepas suami pulang semula kerja, saya tidur dengan bapa mentua beberapa kali. Saya cuba nak kawal tapi susah. Saya berasa bersalah sangat nak bersemuka dengan suami tetapi perasaan saya ketika bersama bapa mentua sangat menakjubkan.
Adakah normal untuk mencintai dua lelaki dalam satu masa? Kadang-kadang rasa macam nak tinggalkan suami saya untuk bapa mentua tetapi itu sangat tidak masuk akal.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan terkutuk wanita terbabit.
Sumber: Twtsecretsmy