berita

‘Saya Terpaksa Menggugurkannya Kerana..’- Elyana Dedah Gugurkan Kandungan Dua Minggu Lalu

March 18th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Tidak lama dahulu orang ramai dikejutkan dengan berita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapi oleh Elyana. Sejak dari itu, penyanyi itu banyak berkongsi kisah cabaran serta pengorbanan yang terpaksa dihadapinya selama dia menghidap penyakit itu.

Terbaru, lagi satu kisah duka melanda Elyana dan keluarga apabila terpaksa menggugurkan kandungannya yang berusia dua bulan kerana tidak mahu penyakitnya memberi kesan terhadap kepada bayi yang bakal dilahirkan. Ini luahan dari Elyana.

‘Saya harus membuat keputusan yang besar..’

Dua minggu lalu Elyana terpaksa menggugurkan kandungannya kerana tidak ingin penyakit yang dihadapi memberi kesan kepada bayi yang bakal dilahirkan.

Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil.

Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil.

Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti.

Tambah Elyana, dia telah merujuk dengan Ustaz terlebih dahulu sebelum menggugurkan kandungannya. Elyana juga tidak tahu dirinya sedang hamil sehingga lah tahap kesihatannya merosot.

Saya langsung tidak boleh menjamah makanan sampaikan hendak telan roti pun tidak mampu. Bagaimanapun, saya kena makan juga kerana terpaksa menelan 28 biji ubat sehari, setiap empat jam.

Melihat keadaan yang tidak bermaya, saya melakukan pemeriksaan doktor dan disahkan hamil. Begitupun, saya terpaksa menggugurkannya kerana bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi.

Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat.

Kami harap Elyana tabah hadapi dugaan ini dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu.

Sumber: Twitter Astro Awani

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×