Pendakwah bebas, Firdaus Wong atau nama sebenarnya Firdaus Wong Hai Hung menyatakan dirinya mengalami tekanan sejak menerima kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Artikel Berkaitan: Pengadu Tunjuk Mesej & Foto Lucah Kepada Firdaus Wong – ‘Minta Suami Ceraikan You I Bayar’
Firdaus Wong tak boleh tidur malam
Menurut Firdaus Wong, 39, tekanan tersebut berpunca daripada kerap melihat mesej berbaur gangguan seksual. Malah dia juga akui sukar tidur pada waktu malam kerana sering dihantui gambar kemaluan lelaki.
Sejak terima kes (gangguan seksual) ini dan lihat banyak mesej dan gambar kemaluan lelaki, saya sendiri yang merupakan seorang lelaki tertekan dan sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar dalam minda.
Apabila ditanya mengenai mesej yang dihantar oleh saksi menerusi kumpulan di aplikasi Whatsapp iaitu ‘NOBODY’ yang bertulis ‘Amaran!! keburungan-keburungan’ sebenarnya adalah satu kesilapan ejaan dan perkataan yang dimaksudkan adalah kemurungan.
Untuk rekod, Ebit Lew berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp dan kes didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Kes perbicaraan Ebit akan bersambung hari ini pada 10 pagi bagi meneruskan pemeriksaan balas daripada pihak pembelaan.
Sumber: Kosmo, Sinar Harian