berita

‘Saya Tiada Anak Untuk Dibuat Teman Setiap Hari’ – Suri Rumah Luah Perasaan Melalui Lukisan

June 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kalau sebut pasal seni, tak semua orang dianugerahkan bakat sebegini. Bakat menyanyi, melukis atau berkarya ini bukanlah boleh dibeli atau harus belajar bersungguh-sungguh. Ianya datang secara semula jadi kepada insan terpilih. Bertuah kan?

Seperti surirumah ini yang dikenali sebagai Syal Sepehee yang memiliki bakat melukis yang tidak disangka. Bayangkan hasil lukisannya boleh menandingi mana-mana pelukis dikenali ramai. Memang cantik, nampak real semua lukisan dia! Terbaik..

Terliur tengok makanan

Saya suri rumah hobinya melukis untuk mengisi masa lapang. Kadang dapat tempahan boleh juga isi duit poket. Saya tiada anak untuk dibuat teman setiap hari. walaupun ada suara2 mengata perihal anak, saya tak ambik peduli, Saya enjoy setiap detik masa lapang yang saya ada. Saya luahkan semua perasaan sedih gembira boring tertekan pada lukisan, dan setiap lukisan saya ada cerita disebaliknya. Apa hobi kamu dirumah mai la share.

1.Medium yang saya selalu guna pensil warna stabilo, luna steadler, prismacolour dan derwent.. Marker plak koi sakura & ink putih gel pen.

2.Kertas selalunya 130 ke 200 gsm.

3.Terima kaseh atas pujian dan doa kalian.. Saya tak sangka ramai yang suka dengan lukisan saya, bakat ini anugerah Allah kirimkan untuk saya, moga saya dapat gunakan dengan sebaik mungkin.

4.Saya takda niat untuk buat promosi disini tetapi jika ada yg berminat dengan potret boleh direct mesej saya ya. Terima kaseh semua.

Memang berbakat besar

Sebiji sama

Sumber : Syal Sepehee