berita

‘Saya Tiada Apa-Apa Lagi’- Luahan Menyayat Hati Bapa Kepada Kanak-Kanak Syria Yang Mati

September 4th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

syria 2

Kami pasti anda semua sedia maklum dengan berita kematian kanak-kanak Syria yang kami kongsi semalam. Berita tentang kematian kanak-kanak tu mendapat perhatian seluruh dunia.. Dengan keadaan mayat yang masih berbaju cantik dan berkasut terdampar tepi pantai.. Memang menitik air mata kami.

Jadi kali ni, kami nak kongsi serba sedikit tentang kanak-kanak Syria yang terkorban akibat jatuh daripada bot ketika usaha untuk melarikan diri dari Syria. Memang tak boleh tengok gambar kanak-kanak ni lama-lama. Sayu sangat hati..

1) Nama sebenar, Aylan Kurdi dari Syria

Screen Shot 2015-09-04 at 12.29.00 PM

Nama mangsa ialah Aylan Kurdi dan berumur 3 tahun. Aylan mempunyai seorang abang, Galip, 5 tahun tapi turut terkorban ketika perjalanan ke Pulau Kos, Greece.

2) Abang dan ibu turut terkorban, Ayah selamat

Screen Shot 2015-09-04 at 12.34.57 PM

Menurut Abdullah Kurdi, bapa kepada Aylan Kurdi dan Galip bercerita mengenai kejadian ketika jatuh dari bot;

Turk (Penyeludup) terjun ke dalam laut dan gelombang dan kami terpelanting. Saya menarik anak-anak dan isteri saya dan pegang pada bot.

Kami tinggal dalam keadaan macam tu selama satu jam, kemudian anak yang pertama meninggal dunia dan saya meninggalkan dia dan juga untuk membantu yang lain, selepas itu anak kedua pula meninggal dunia, jadi saya meninggalkan dia dan juga untuk membantu ibunya dan saya mendapati dia pun telah mati.. Apa yang saya patut buat.. Saya menghabiskan masa selama tiga jam menunggu pengawal pantai datang. Jaket keselamatan yang kami pakai juga adalah palsu..

Isteri saya adalah dunia saya dan saya tiada apa-apa lagi sekarang melainkan Tuhan. Saya tidak pernah berfikir untuk berkahwin lagi atau mempunyai banyak anak.. Saya terkedu, saya tidak boleh bernafas. Mereka mati di tangan saya..

Sumber: NPR

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×