berita

‘Saya Tiada Niat Mempersendakan Agama’ – Nurul Shuhada

December 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nurul Shuhada

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menerima kecaman netizen apabila didakwa mempersendakan agama.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Nikah 16 Disember?

Artikel Berkaitan: Shuhada Berang Dituduh ‘Merentan’ & Lebih Toksik Berbanding Hafidz Roshdi – ‘Jangan Jolok Sarang Tebuan, Menyesal Nanti’

Tiada niat mainkan agama

Nurul Shuhada

Ia susulan tindakan Shuhada memuat naik video memaparkan dia melakukan trend ‘kalau bini kahwin 4’ di Instagram miliknya.

Ketika dihubungi OhBulan!, Shuhada bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan agama.

Jelas Shuhada, video tersebut sekadar konten dan sebahagian daripada  mempromosikan sebuah jenama produk.

Saya tiada niat nak mempermainkan atau mempersendakan agama. Video tersebut tidak mempunyai sebarang niat yang tidak baik pun. Ia sekadar konten sahaja.

Konten itu merupakan sebahagian daripada promosi produk yang saya tunjuk dalam video itu.

Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu memohon maaf kepada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakannya itu.

Saya minta maaf kalau ada mana-mana pihak yang tersinggug. Saya percaya orang menegur saya kerana mereka sayang pada saya. Terima kasih semua.

SKIP THIS AD ×