Selepas nama pelakon baharu Nik Rifaie dipetik, nama aktor dan penyampai radio, Fazziq Muqris pula didakwa menggunakan aplikasi mencari jodoh dan mengajak seorang wanita melakukan perkara tidak senonoh.
Artikel Berkaitan: Nik Rifaie Terkejut Nama Dipetik Guna Aplikasi Dating & Ajak Wanita Buat Perkara Tak Senonoh – ‘Itu Bukan Saya’
Artikel Berkaitan: Hakimi Noordin Mengaku Sudah Terbiasa Buka Baju Selepas Bersukan – ‘Semua Orang Ada Persepsi Masing-Masing’
‘Tiada Tinder’
Menafikan dakwaan tersebut sekerasnya, Fazziq, 24, berkata, dia tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut dan berasa hairan apabila namanya dipetik.
Sejujurnya saya ada menerima banyak DM yang bertanyakan mengenai dakwaan tersebut. Saya tidak pernah langsung menggunakan sebarang aplikasi dating seperti Tinder.
Dakwaan yang dikeluarkan seorang individu adalah tidak benar sama sekali. Untuk tujuan apa saya gunakan aplikasi tersebut, saya tiada Tinder.
Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Saya pun pelik nama saya kena petik.
Bekas peserta Hero Remaja 2021/2022 itu berkata demikian ketika dihubungi OhBulan!, pada Rabu.
Disoal adakah dakwaan itu timbul disebabkan ada pihak yang dengki, Fazziq menjawab, dia tidak pernah berbuat jahat dengan mana-mana individu.
Kalau nak cakap ada orang dengki, saya tak rasa ada buat salah dengan sesiapa pun. Mungkin ada segelintir orang lihat muka saya seperti sombong, namun kalau dah kenal saya seorang yang peramah.
Jangan mudah percaya
Justeru, Fazziq menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang gosip yang bertebaran dalam media sosial tanpa usul periksa.
Lain orang lain tanggapan mereka, apa yang boleh saya katakan jangan mudah percaya apa yang dikatakan orang lain atau dibawa dari mulut ke mulut.
Kita sendiri tidak tahu sama ada dakwaan itu betul atau salah. Kalau boleh, fokus dengan diri masing-masing.
Terdahulu, rakan kepada Fazziq, Nik Rifaie mengakui terkejut apabila namanya dipetik menggunakan aplikasi mencari jodoh untuk memikat wanita dan mengajak individu tersebut melakukan perkara tidak senonoh.
Tidak lama kemudian, seorang individu mendakwa pernah diajak keluar oleh seorang penyampai radio selepas berkenalan di aplikasi Tinder dan rata-rata netizen memetik nama Fazziq.
Dakwa individu tersebut, penyampai radio berkenaan mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh.