Baru-baru ini perceraian model Russia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi bualan hangat netizen selepas peguam sultan mengesahkan sudah menghantar surat cerai talak tiga terbabit kepada pihak peguam Rihana.
Namun, menerusi Instagram Rihana Petra dia menafikan berita itu dan menganggap ianya sebagai provokasi. Dia turut akui tidak menerima sebarang surat penceraian.
Suami saya baik tidak akan membuat keputusan begitu
Saya tertanya-tanya, apa sebenanya yang sedang berlaku dan ‘sampah’ apa yang ditulis oleh media bagi mensensasikan berita. Pertamanya ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah.
Keduanya, suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya. Undang-undang Islam menyeru untuk melindungi wanita.
Saya tidak akan tunduk kepada provokasi
Seseorang wanita mempunyai hak, dan seperti manusia biasa, walaupun berada di luar negara, dia perlu mempertahankan kedudukannya agar menjadi contoh kepada wanita lain yang berada dalam keadaan serupa.
Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal berniat untuk mempertahankan maruah keluarga saya. Berdiam diri membawa maksud saya mengiyakan kebohongan. Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah.
Respon netizen
Sumber : Rihana Petra