Wanita asal Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine terpanggil untuk mengulas mengenai tindakan pelakon Ruhainies yang berkongsi petikan berhubung sikap individu yang berniat jahat dan ingin menjatuhkan orang lain.
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Suka Tinggal Di Malaysia Berbanding Singapura, Puji Banyak Lokasi Menarik & Pelbagai Makanan Enak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hanya Minta Hak Seorang Bapa, Melawat & Bermalam Bersama Anak-Anak’
‘Saya tidak fake’
Sarah menerusi hantaran di Instagram mendakwa perkongsian tersebut secara tidak langsung ditujukan kepada dirinya.
Bagaimanapun, Sarah menegaskan bahawa Ruhainies tidak mengenali dirinya yang sebenar.
Ramai yang forward artikel ini kepada saya dan tanya pandangan saya tentang perkara ini. Jadi biar saya jawab.
Doa seseorang boleh dijawab dalam pelbagai cara dan amat sedih untuk awak Ruhainies kerana awak mendoakan untuk saya.
Apa yang awak cakap tentang saya dan mengenai diri saya secara tidak langsung, awak sebenarnya tidak mengenali saya.
Kepada sesiapa yang kenal saya pasti tahu saya bukan orang yang berselindung jika tidak menyukai seseorang. Saya jenis yang terbuka.
Dalam hantaran sama, Sarah berkata Ruhainies layak menerima balasan setimpal sebagai karma atas apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.
Awak patut tahu yang saya tidak sama seperti awak dan awak patut tahu saya tidak suka awak.
Yang kedua tentang saya, saya tidak fake macam awak. A revenge is always a dish best served cold (membalas dendam adalah hidangan terbaik).
So my ding dong bitch, my middle name is your karma dan pesanan awak sudah dihantar.
Sumber: Instagram