Nama juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat, menjadi bualan ramai apabila penampilannya pada Ahad lalu dikatakan mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Yonnyboii Makin ‘Seksi’, Netizen Dakwa ‘Culture Shock’
Tak nak dikongkong
Memetik laporan Kosmo, Syafinaz menegaskan itulah imejnya sejak dahulu lagi. Kata Syafinaz, dia memilih untuk hidup dengan gembira tanpa dikongkong oleh orang lain.
Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.
Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.
Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa.
Saya mahu hidup yang gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu saya lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, ‘just swipe’ (abaikan).
Jangan kacau saya
Dalam pada itu, Syafinaz turut menasihati masyarakat supaya tidak memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja di dunia ini.
Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.
Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya.
Sebelum ini, Syaniaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.
Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.
Sumber: Instagram @valshuqizzadi & Kosmo