berita

Saya Tidak Kisah Diparodikan – Nasir Bilal Khan

January 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Press Screening Filem Laga-7

Siapa yang tidak kenal dengan watak Tok Adi yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan dalam drama ‘Tanah Kubur’. Watak dalam drama yang penuh pengajaran itu dilihat begitu sinonim dengan dirinya.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini ianya seolah-olah telah menjadi bahan lawak apabila gaya dan intonasi suara Tok Adi itu kerap dimemekkan. Tidak cukup dengan itu, watak tersebut juga menjadi bahan parodi di media sosial.

” Saya tahu perkara ini terjadi, dan saya rasa tidak kisah pun bila watak itu diparodikan. Pada saya, mereka sendiri yang perlu bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan.”

Screen Shot 2014-01-10 at 10.51.52 AMSalah satu babak dalam drama Tanah Kubur lakonan Nasir Bilal Khan

Menurut Nasir lagi, dia juga tidak berkecil hati dengan kejadian tersebut kerana apa yang dimemekkan itu bukanlah dirinya, sebaliknya watak Tok Adi dalam drama tersebut.

“Watak yang saya bawa itu menjadi dan kekal dalam ingatan semua orang. Tetapi harapannya pengajaran yang cuba ditonjolkan itu sampai. Bukan hanya jadi bahan lawak sahaja.”

Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, Nasir mengatakan bahawa dia kini sedang dalam tempoh promosi untuk filem ‘Laga’ yang akan menemui penonton pada 23 Januari depan. Dalam filem tersebut, Nasir akan membawakan watak orang kaya Dasuki yang gemar menyabung ayam.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×