berita

‘Saya Tidak Mahu Orang Sebut Ziyad Anak Angkat, Jaga Perasaan Dia’ – Iqbal Zulkefli

September 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Iqbal Zulkefli

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli berharap orang ramai berhenti memanggil anaknya, Ahmad Ziyad dengan gelaran ‘anak angkat’.

Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Pernah Mencarut Sepanjang Hidup, Syukur Ibu Bapa Beri Didikan Yang Baik

Artikel Berkaitan: Inspektor Shiela Cair Tengok Iqbal Zulkefli Pakai Baju Kaum India, Persis Shah Rukh Khan

Berhenti panggil anak angkat

Iqbal Zulkefli

Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqbal berkata dia risau sekiranya anak kecil itu akan terasa hati jika dipanggil dengan gelaran tersebut.

Saya tidak mahu orang menyebut Ziyad ‘anak angkat’ kerana dia sudah semakin mengerti. Tidak mahu dia terasa hati. Kita jaga perasaan dia.

Dalam hantaran sama, Iqbal turut mengimbau semula dakwaan netizen yang mengatakan tujuan dia mengambil anak angkat kerana mahu membuat konten dan meraih populariti semata-mata.

Hal tersebut seakan dinafikan pelantun lagu Hujan itu apabila dia menjelaskan sepanjang tempoh anak kecil itu di bawah jagaannya, dia jarang sekali berkongsi kepada umum.

Terkenang suatu ketika ramai yang menuduh saya mengambil anak angkat hanya untuk konten dan meraih populariti.

Hampir dua tahun Ziyad di pelukkan saya, ternyata tidak lebih 10 video Ziyad yang saya tayangkan di media sosial walaupun saya tahu kebanyakkannya mendapat tontonan satu hingga tiga juta.

Tidak semua perkara saya paparkan pada umum. Hidup saya ada prinsip, tidak lebih 30 peratus saya paparkan kepada umum.

Untuk info, Iqbal mengambil Ahmad Ziyad sebagai anak angkat pada April tahun lalu.

SKIP THIS AD ×