Sejak semalam, viral di media sosial berhubung kisah pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Artikel Berkaitan: ‘Benar, Syamsul Telah Failkan Cerai Terhadap Ira Petang Tadi’ – Peguam
Artikel Berkaitan: Didakwa Tidak Persefahaman, Syamsul Yusof Fail Perceraian Terhadap Ira Kazar?
Artikel Berkaitan: ‘Jika Benar Berita Ini, Saya Amat Bersyukur’ – Patimah Ismail
Terbaru, Datin Patimah menekankan, dia tidak pernah berdoa agar rumah tangga Syamsul dan Ira Kazar akan berakhir dengan penceraian.
Tak pernah doa cerai
Menurut Patimah, dia tidak pernah berdoa sedemikian terhadap anaknya sebaliknya, memohon Allah memberikan yang terbaik buat Syamsul.
Doa ibu
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dan meluahkan pendapat mereka mengenai kisah viral ini.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, netizen mendoakan segala urusan Syamsul dan Ira dipermudahkan. Pada masa yang sama, netizen berkata, doa seorang ibu sangatlah mustajab.
Ini kerana, ikatan perkahwinan yang dibina oleh Syamsul dan Ira didakwa tidak mendapat restu daripada ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah.
Terdahulu, Patimah berharap Syamsul kembali ke jalan yang benar. Pada masa yang sama, Patimah berkata, dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku.
Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa.
Sekadar info, Syamsul sudah memfailkan perceraian dengan Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, semalam.
Tindakan itu dibuat selepas mereka didakwa tidak ada lagi persefahaman.
Dalam laporan pada Oktober tahun lalu timbul khabar angin mengenai perceraian pasangan selebriti berkenaan.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang kenyataan daripada kedua pihak.
Sumber: Instagram
@ohbulanofficial Replying to @deelofa Ramai yang prihatin terhadap Puteri Sarah Liyana. Kita doakan yang baik-baik untuk PSL okay ?? #ohbulan #sembangentertainment #netizen #pesan #puterisarahliyana #jangan #getback #syamsulyusof ? suara asli – SADVIBES? – Sadvibes?