berita

‘Saya Tidak Pernah Dipelawa Untuk Bermadu Seperti Yang Didakwa’

January 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kisah perkahwinan dan pergolakan rumah tangga yang berlaku antara Hanna, suami dan Yaya nampaknya masih belum sampai ke penghujungnya. Isu ini semakin mendapat perhatian ramai apabila suami Hanna, Baa Azhar telah menjelaskan perkara sebenar di laman Facebooknya. Tetapi lain pula yang jadi apabila Hanna sekali lagi telah membuka mulut menepis segala dakwaan yang dibuat oleh suaminya itu.

Menerusi perkongsian terbaru yang dimuatnaik Hanna di laman Facebook miliknya, dia menafikan segala dakwaan suaminya yang mengatakan bahawa dia telah meminta kebenaran kepada Hanna untuk memperisterikan Yaya sebaliknya Hanna memberitahu dia sendiri langsung tidak pernah ‘dipelawa’ untuk bermadu.

Mereka ‘play victim’

Ini adalah penjelasan saya terhadap isu yang viral. Saya ingin membetulkan tuduhan orang yg mengatakan ini adalah marketing semata mata. Saya bukanlah terdesak untuk membuat marketing murahan sebegitu tetapi apa yang saya tulis semalam adalah luahan hati yang tersangat sakit akibat dikhianati tetapi tidak sangka ianya menjadi viral.

Saya memperjelaskan tindakan saya yang membuat status berkenaan adalah keputusan yang saya telah fikir sedalamnya dan apabila kesabaran saya sudah tak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak katikkan kekiri dan kekanan, menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian. Kerana mereka merasakan saya tidak akan berani, lemah dan akan terus menangis dan meratap dan mereka merasakan saya adalah seorang yang naif yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian-penafian yang menyakitkan.

Sebelum mengambil tindakan ini, telah banyak usaha yang saya lakukan untuk menyelamatkan rumahtangga saya termasukklah meletakkan maruah saya ke tepi dan bersemuka dengan wanita tersebut, menghubungi keluarga wanita tersebut namun tidak berjaya seperti yang diharapkan. Rayuan saya tidak diendahkan malah saya pula yang ternampak buruk. Allah saja tahu betapa tertekannya saya padahal saya adalah mangsa namun mereka lagi mahir untuk “play victim’ di depan saya.

Sakit dikhianati

Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dalam masa 24 jam atau hanya lega perkataan sabar. Saya yang merasa dan menganggung serta mengalami depression yang terlampau apatah lagi ketika disaat saya masih dalam proses recover selepas bersalin ditambah dengan ujian yang sebegini amat-amat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya. Bertuah anda yang tidak mengalami nasib seperti saya. Saya juga manusia yang ada limit dan perasaan. Saya bukan malaikat yang boleh redha dan terima dengan hati yang terbuka kerana yang menanggung beban adalah saya.

Kepada mereka yang berkenaan, teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yang perlu dijaga sedangkan saya tidak punya apa-apa. Saya tidak pernah mengatakan suami saya memukul saya atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul. Berkenaan dengan tanggungjawab dan nafkah, orang luar boleh berkata apa sahaja tapi saya sendiri yang tahu setakat mana kemampuan suami saya.

Saya juga tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa tetapi pengkhinatan ini terbongkar setelah beberapa kali kantoi dan bukti ada dengan saya. Ya saya masih belum bercerai tetapi saya dlm proses menfailkan penceraian kerana saya sudah tak sanggup dipermainkan lagi. Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Disaat ini, giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak-anak dan mereka boleh meneruskan ‘play victim’. Good Luck.

Sumber: Hanna Baa

SKIP THIS AD ×