Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran tampil mungulas mengenai video viral menyiang ikan bersama rakan pengacaranya iaitu Syira.
Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Mengaku Tak Tahu Cara Menyiang Ikan Sebelum Kahwin, Ibu Mentua Puji Sebab Jujur
Artikel Berkaitan: Suami & Ibu Mentua Uyaina Arshad Paling ‘Chill’ – ‘Tak Pernah Kisah Saya Pandai Siang Ikan Ke Tak’
Saya vegetarian
Menerusi laporan Harian Metro, Sugeeta memberitahu dia dan Syira dikehendaki melakukan cabaran dalam satu segmen tanpa diberitahu lebih awal oleh penerbit.
Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan. Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.
Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan. Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat.
Tambah Sugeeta, dia tidak tertekan dan terlalu memikirkan hal tersebut. Ujar wanita cantik ini lagi, mereka tidak melatah atau memberi sebarang respons kerana enggan memperbesarkan lagi perkara berkenaan.
Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan. Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.
Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita).
Menurut Syira pula, dia tidak mengambil hati dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen malah, mengambilnya daripada sudut positif.
Segmen itu sebenarnya nak bagi penonton dekat dengan kita dan tengok gelagat pengacara. Semua orang pun ada pengalaman kali pertama dan secara peribadi, saya ambil nasihat diberi serta tak terguris dengan kata negatif.
Sejujurnya saya beli ikan siap siang di pasar jadi benda itu biasa dan tak sangka sampai satu Malaysia ‘bergaduh’ disebabkan itu. Hanya beberapa komen saja yang saya sempat baca sebenarnya dan ramai juga wanita kongsi kali pertama pertama siang (ikan) dan buat di depan mentua jadi saya ambil positif saja kerana baru setahun mengacarakan WHI.
Sumber: Harian Metro