berita

‘Saya Yakin Mereka Ahli Syurga’ – Lelaki Kongsi Kisah Hijrah Islam, Doa Ibu Bapa Terima Hidayah

May 29th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Hidayah milik Allah, tiada siapa dapat menyangka bagaimana pintu hati seseorang itu boleh terbuka untuk kembali kepada fitrah agama. Seperti perkongsian Farrell Jalang Anak Ningkan ini, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam pada tahun 2014 tanpa pengetahuan ibu bapa.

Walau pun pada awalnya ibu bapa bersedih sehingga menangis, beberapa bulan kemudian mereka telefon untuk bertanyakan khabar dan hubungan kembali akrab. Farrel mendoakan semoga Allah SWT memberi hidayah buat ibu bapanya memeluk Islam.

Ibu bapa tak halau tapi menangis

HIDAYAH

2014. Allah takdirkan saya masuk Islam. Allah mengislamkan sy melalui perbandingan antara agama. Ni first time sy share sedikit kehidupan sy iaitu kisah revert religion (for those yg tau, kita actually dh Islam sebelum lahir lagi di dunia ini). Sebelum masuk islam, sy juga seperti mualaf-mualaf lain kaji dan banding agama semua tu. Baca tafsir surah Al- Fatihah (The Opening), once terbaca tafsir ayat ke-7, sy rasa gelisah dan takut. Time tu sy takut mati dalam kafir sedangkan sy diberi hidayah sekiranya sy tak ambil peluang yg Allah masih beri time tu.

Nak jadikan cerita, my parents tak halau sy keluar dari rumah mereka even mereka dah tau sy curi-curi masuk Islam sebab nak jaga hati mereka. Hari ke-2 sy masuk Islam, mak sy dah hati tak sedap. Instinct mak tak pernah salah. Time tu juga parents tahu sy masuk Islam. Hari yg sama juga mereka fly ke Kelantan jumpa sy untuk dpt kepastian dan jawapan daripada mulut sy. Time tu sy rasa, sy pilih utk jujur. Sy dh ready kena tampar semua tu. But apa yg sy nampak ialah air mata membasahi pipi mereka.

Sentiasa doa mereka terima saya

Sy faham apa yg mereka sedih, mereka takut kehilangan satu-satunya anak laki. Sedangkan sy cuma tukar agama, bukan bangsa dan keturunan dan nama sy. After that, mereka pun fly back. Sy bagi masa utk mereka redha dan terima hakikat. Dan sy juga nak bukti, sy tetap anak mereka dan mati sebagai bangsa Iban dan bukannya Melayu. Sy tau mereka perlu masa yg lama. Sy sentiasa sabar dan doa agar mereka mula terima sy sebagai anak seperti dulu-dulu.

After 2-3 bulan, akhirnya mereka call sy utk tanya khabar sy. Hubungan kami pun mula akrab. Time cuti semester, mereka jemput sy ke rumah. Mereka sediakan pinggan, kuali, sudu, pisau dan alat masak yg baru sebab mereka respect agama sy. Sy sgt bersyukur dpt family yg baik seperti mereka.

Time sy kawin waktu IPG, mereka juga ada bantu sedikit dari segi kewangan utk sy pinjam sementara masih belajar. Mereka juga fly ke Melaka utk menghadiri majlis kami. Hubungan kami dgn keluarga mertua juga baik. Semua perkara smooth sampailah kami posting dapat kerja dan sehinggalah dapat cahaya mata yg cantik.

Cuma recently sy mengalami ujian yg besar dlm hidup sy iaitu kejatuhan/kerugian besar di bisnes trading sy. Hal ni cukup memberi impak besar kepada sy, keluarga mahupun kawan2 yg percaya sy. Apabila parent sy tahu, mereka call sy sebab risau sy tak boleh handle bab money management. Siap suruh sy henti bagi nafkah dan nak tolong bayar kereta (Time tu juga sy bantah, sy tak boleh jadi beban mereka. Cukuplah beban besarkan sy sejak kecil. Sy cuma minta mereka jangan tolong sy selagi sy tak minta).

Saya yakin mereka ahli syurga

Time tu, sy nampak mak sy nangis lagi kedua utk sy. Sy tau apa yg dia risau. Parents mana yg suka tengak anak sendiri susah… Sy janji dan sumpah dengan diri sendiri, sy mesti bangkit no matter what it will cost me. I cari jalan lain utk br recovery. After seminggu sy jatuh bisnes, minggu kedua April (7 April) sy mula dari bawah. Sampailah hari ini, masalah kewangan sy sudah semakin pulih seperti dulu. Sy tetap mmpu bagi nafkah kepada mereka walaupun mereka tak minta sebab sy tau hanya nafkah sahaja yg sy boleh beri sabagai tanda balas budi & penghargaan.

Kejatuhan bisnes or apa-apa masalah, sy sekarang baru sedar betapa hebat nya Hikmah Allah. Time kita jatuh, baru tau siapa kawan, siapa lawan. Sy sgt bersyukur masih ada lg yg pilih utk bersama sy melalui jalan yg pahit buatt sementara ini. Lagi2 di bulan Ramadhan, sy selalu sedih dan nangis atas dosa-dosa lama, family sy yg belum Islam lagi.. Sy baru faham kenapa Ebit Lew boleh menangis tiap kali cerita tentang mak dia. Apa yg buatt sy buka mata, family is the one who will back up you up. Jika kita susah, family juga org yg pertama sanggup tanggung dan saling tolong.

Apa yg sy minta daripada kawan-kawan media sosial, sedekahkanlah Al- Fatihah dan doakan kepada parents dan family sy sempena hari jadi sy. Agar Allah terus beri hidayah dan takdirkan mereka jadi kenal Allah dan jadi muslim. Jadi ahli syurga. Bersama-sama hidup bahagia di kehidupan yg kekal… sy tau once mereka jadi Muslim. Sy yakin mereka ahli syurga, sebab sy tau betapa baik dan mulia akhlak mereka… In Shaa Allah.

Apa yg sy nak, jasa-jasa mereka dapat digantikan dgn hidayah. Hidayah mereka utk mengenal Allah di dunia ini maka ini hadiah termahal dan tak ternilai buatt sy. Semoga Allah merahmati kami dan makbulkan doa sy yg penuh dgn kelemahan dan dosa ini. Ameen

Farrell Jalang Anak Ningkan

Sumber : Farrel Jlng

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×