berita

‘Sayang Kamu Dunia Akhirat’- Adira Suhaimi Tayang Kemesraan Pimpin Tangan Madu

March 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi Adira Suhaimi memuat naik sebuah video di Instagram (IG) yang memperlihatkan kemesraan dia bersama madunya, Datin Red ketika menghadiri sebuah pertunjukan fesyen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Nafi Bercerai, Masih Bahagia Dengan Datuk Red

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Empat Kali Bersalin Czer, Adira Ikat Peranakan – ‘Suami Pun Tiada Halangan’

Saling sayang menyayangi

Ketika ramai wanita yang tidak mahu diri mereka dimadukan dan sering kali terjadi perbalahan antara isteri pertama dengan isteri kedua, lain pula yang berlaku kepada kehidupan rumah tangga Adira Suhaimi.

Menerusi video yang dikongsikan, penyanyi berusia 31 tahun ini dilihat berjalan berpimpin tangan dan mengenakan busana sedondon berwarna hitam bersama madunya, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim.

Kapsyen penyanyi Ombak Rindu ini juga mencuri perhatian apabila dia memohon agar peminatnya sentiasa mendoakan perhubungan itu.

Alhamdulillah syukur. Doa yang baik-baik, itu sahaja yang saya boleh katakan ketika ini.

Malah, Datin Red juga turut berkongsi video yang sama di Instagram (IG) miliknya dengan menitipkan doa agar perhubungan mereka kekal bahagia.

Alhamdulillah semoga Allah SWT sentiasa menjaga hubungan ini. Sayang kamu dunia akhirat.

Menjengah ke ruangan komen di video pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, rata-rata warganet memuji kemesraan yang terjalin antara kedua-dua isteri Datuk Red itu.

Untuk yang nombor dua sila la contohi Adira. Tak over, tak terlalu menunjuk, jaga hati perasaan. Sebab tu boleh ada hubungan baik macm ini.

Adira madu yang baik. Datin pun orang yang baik.

Bagusnya bermadu macam ini, semoga rumah tangga korang sampai jannah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×