Penyanyi Adira Suhaimi membuat keputusan untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’ selepas melahirkan anak keempat, Ayub.
Artikel Berkaitan: Suami Tak Kisah Adira Nak ‘Tutup Kilang’ Selepas Bersalin Anak Keempat
Ada risiko untuk kesihatan
@ohbulanofficial Adira ikat terus. Apapun semoga baik-baik aja yerrr #ohbulan #fyp #trending #sembangentertainment #adira ? original sound – Ohbulan
Menurut Adira, dia terpaksa ‘tutup kilang’ atas nasihat doktor memandangkan sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean (czer).
Kata penyanyi berumur 31 tahun, keputusan tersebut juga direstui suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red yang merupakan ahli perniagaan.
Cukuplah empat orang anak. Sudah empat kali saya bersalin secara pembedahan czer. Kalau saya hamil lagi, mungkin akan ada risiko kesihatan.
Jika diikutkan hukum, kaedah itu tidak boleh. Namun, saya bersetuju ikat peranakan atas sebab tertentu dan nasihat doktor. Suami pun tiada halangan.
Adira berkata demikian ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Kehidupan dah lengkap
Tambah pemilik nama Siti Adira Suhaimi, kehidupannya sudah cukup lengkap dengan suami dan anak-anak.
Alhamdulillah.. Saya sudah dikurniakan empat orang cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan. Sudah lengkap keluarga saya. Saya bersyukur sangat dengan kurniaan rezeki Allah termasuk dalam soal kerjaya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Takdir Cinta menyatakan dia tidak menyerahkan soal jagaan anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya.
Anak-anak masih kecil. Saya kena ada pembantu untuk menolong saya. Tapi anak-anak tetap nombor satu.
Soal kerja, saya bukan memilih, tapi kalau memerlukan saya bergerak terlalu jauh, saya akan fikir juga. Paling tidak saya akan bawa anak bersama-sama. Kalau kena ‘terbang’ pun saya akan minta balik hari.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, dua bulan.
Sumber: Instagram @adira.suhaimi