Penyanyi Adira Suhaimi tidak melatah apabila tular sebuah video mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Empat Kali Bersalin Czer, Adira Ikat Peranakan – ‘Suami Pun Tiada Halangan’
Mana ada cerai!
Menerusi Instagram Stories, Adira menegaskan dia masih isteri kepada Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red.
Kata penyanyi bermur 31 tahun ini, rumah tangga mereka masih bahagia dan harmoni.
Selain itu, pemilik nama Siti Adira Suhaimi berharap peminat tidak tertipu dengan dakwaan daripada akaun palsu itu.
Akaun palsu, jangan tertipu. Tak payah follow. Mungkin dia nak followers sahaja itu.
Alhamdulillah saya masih lagi dengan suami. Masih sayang lagi.
Ketawa tengok video viral
Dalam pada itu, pelantun lagu Maaf turut memohon agar orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja.
Janda anak empat (ketawa). Jangan percaya okey. Dengar boleh. Doakan yang baik-baik.
Untuk rekod, Adira bernikah dengan ahli perniagaan pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, dua bulan.
Sumber: Instagram @adira.suhaimi