Sering memberi teguran terhada isu-isu semasa yang berlegar di media sosial, nama Da’i Wan memang tak asing lagi dalam kalangan netizen. Bahkan tegurannya kepada selebriti tempatan pernah beberapa kali menerima kecaman.
Di Twitter, Dai’ Wan berkongsi kejadian ‘aneh’ apabila diaju satu soalan daripada isterinya. Selepas memberi jawapan terhadap soalan berkenaan, ini jawapan isterinya.
Nanti nak dikuburkan dimana?
Mendapat lebih 2k perkongsian, Da’i Wan menjawab kembali soalan isterinya dengan mengatakan ingin dikebumikan di Selangor atas faktor ramai saudara mara terdekat. Namun, keputusan isterinya selepas itu sungguh sebak.
Buatlah kubur di Kedah
Orang paling terdekat adalah isteri
Sayang..sayang pasti mereka akan selalu ziarah sayang? Paling kurang pun mungkin setahun sekali sebab mereka sibuk dengan urusan hidup masing-masing.
Tapi ayang, ayang akan pastikan waktu-waktu yang aayang ada untuk sayang selalu nanti. Jadi buatlah kubur di Kedah, sebab ayang pun nak disitu.
Sejurus selepas mendengar jawapan isteri, Da’i Wan terasa sebak kerana tidak menyangka itu yang difikirkan isterinya selama ini.
Sudahkan korang fikir?
Perkongsian dari netizen
Tempat mudah untuk anak ziarahi
Sumber : Dai’ Wan