
Pelakon, Fazura tampil menitipkan kata-kata semangat buat sahabatnya, Ricky Rozam yang didakwa berdepan dengan fitnah daripada seseorang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Koleksi Baju Raya Laris Terjual, Fazura Luah Rasa Syukur – ‘Sebesar Zahrah Pun Saya Tiada Kuasa, Semua Daripada Allah’
Biarkan…
Menerusi perkongsian di Threads, Fazura, 43, berpesan agar rakannya itu tidak terpengaruh dengan anasir jahat yang boleh memberi kesan negatif kepadanya.
Biarkan penyondol cap kancil fitnah kita macam-macam. Beringat lah, meruntuhkan rumah tangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat.
Semoga diri kamu itu cuba bawa bermuhasabah diri dari sentiasa menganiaya dan mencari salah orang lain, pesanan untuk diri kita juga ya sahabat ku.
Sementara itu, pelakon filem Langit Cinta itu turut menasihatkan agar Ricky redha sekiranya kebaikannya tidak dikenang oleh individu itu.
Kalau dia dan keluarga dia tidak mahu kenang kebaikan mu, redhakan sahaja. Ramai lagi yang menyayangi mu dan ingat lah, sesungguhnya Allah ada.
Sebelum ini, Ricky meluahkan kekecewaannya apabila seorang individu melemparkan fitnah ke atas dirinya.
Sumber: Threads