berita

‘Sayu Tengok Pak Cik & Mak Cik Nak Air’ – Ebit Lew Agih Air Bersih Buat Penduduk Batu Caves

October 20th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penduduk sekitar Lembah Klang sekali lagi terkena gangguan bekalan air disebabkan pencemaran sumber air mentah yang telah dikesan di Sungai Selangor. Perkara ini merumitkan urusan seharian penduduk ditambah pula dengan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan kerajaan.

Artikel berkaitan: ‘Air Selangor Kena Jumpa Ustaz, Selalu Kena Gangguan’ – Penduduk Selangor Berang Isu Air

Susulan daripada itu, Ustaz Ebit Lew telah tampil memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Beliau telah membeli dua buah lori air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Sayu rasa hati

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves. Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua. Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.

Menurut Ustaz Ebit, pengagihan tersebut telah dilakukan sejak pukul 10 malam semalam sehingga subuh tadi bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang mencukupi. Tambah beliau, perasaan sayu menyelubungi diri sebaik sahaja melihat warga emas mengangkat bekalan air ke kediaman masing-masing.

Terbaik ustaz

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu atas keprihatinan Ustaz Ebit. Mereka berdoa agar beliau dimurahkan reeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu lebih ramai orang lagi.

Sumber: Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×