Pelakon dan ikon fesyen Scha Al Yahya tidak berasa takut sekiranya kerjasama dengan jenama antarabangsa akan terjejas disebabkan dia menyatakan sokongan terhadap Palestin dalam media sosialnya.
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Janji Bawa Anak Pergi Jepun Kalau Puasa Penuh
Artikel Berkaitan: Kopi Jadi Penyatuan Cinta Dengan Scha Alyahya, Awal Ashaari Buka Kedai Sendiri
Tidak perlu rasa takut
Ketika ditemui OhBulan!, Scha mempersoalkan mengapa seseorang itu perlu berasa takut sedangkan agama rasmi di Malaysia adalah Islam.
Saya faham itu adalah sensitif, tapi kita duduk di Malaysia dan agama kita sangat kuat. Pihak lain mungkin rasa tidak senang dengan kelantaran saya bercakap tentang Palestin, kalau mereka tidak selesa itu salah mereka.
Kita duduk di negara Islam, kenapa perlu saya takut jika orang tak suka dengan tindakan saya. Saya juga memegang banyak brands, tapi bagaimana cara untuk bercakap dengan mereka. Kena tahu batas dan jangan terlalu kasar.
Scha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan Finalis Herodewi Remaja 2023, yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Dalam pada itu, isteri kepada pengacara Awal Ashari itu berkata dia tidak pernah menerima sebarang ugutan apabila memuat naik hantaran berkaitan Palestin.
Saya tidak menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak apabila posting tentang Palestin, tapi memang ada yang kurang senang iaitu netizen. Mereka DM saya. Saya boleh kawal sendiri.
Seseorang yang ada nama dan suara bercakap tentang isu ini memang mungkin ada yang pertikaikan, sebab pada saya itu juga bentuk pertolongan.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia akan menolak secara baik apabila menerima sebarang undangan dari mana-mana jenama antarbangsa yang dikaitkan dengan Yahudi.
Ada brands yang sensitif dengan isu ini dan mereka bagi saya bahan untuk posting sebab mereka ada jadual, tapi saya akan bercakap dengan mereka secara baik, saya tidak boleh buat posting itu. Saya juga kata pada mereka mungkin kita perlukan masa yang lebih sesuai.
Apabila saya bercakap dengan mereka dan alhamdulillah pihak brands faham. Apa yang penting adalah perlu bijak.
Saya perlu fikir kesan sekiranya saya posting. Ada undangan yang saya tolak secara baik untuk hadir ke majlis mereka. Jenama itu pula bukan tak sensitif tapi mereka hanya ikut jadual yang sudah ditetapkan. Sebagai talent jenama itu kena bijak.