Sejak kebelakangan ini, dapat kita lihat bahawa kes rogol melibatkan kanak-kanak bawah umur semakin berleluasa dan menjadi-jadi.
Isu ini turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya yang turut risau akan masa depan kanak-kanak yang masih kecil itu.
Artikel Berkaitan: Scha Al Yahya Buktikan Sokong Pales*** Tak Jejas Hubungan Dengan Jenama Antarabangsa – ‘Saya Tolak Undangan Ke Majlis Mereka Cara Baik’
Perlu didik anak-anak
Ketika ditemui OhBulan!, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata, sebagai ibu bapa dia mengakui bahawa media sosial serta peredaran zaman yang berlaku pada masa kini sedikit sebanyak memainkan peranan dalam membentuk pemikiran kanak-kanak.
Menurut Scha, dia perlu sentiasa memainkan peranan mendidik anak-anak mengenai isu ini walaupun mereka masih di usia mentah.
Saya sangat risau dengan generasi kita yang akan datang ni dan sudah tentunya ia tidak akan menjadi satu perkara yang mudah bagi mereka.
Macam kita tahu, sekarang ni adanya media sosial dan betapa kedepannya mereka ini walaupun di usia muda jadi sebagai ibu bapa saya kena sentiasa bersedia dan selalu ajar anak-anak saya.
Mungkin isu ini agak sensitif untuk dibincangkan di sekolah namun saya rasa perlu untuk ketengahkan perkara ini kepada mereka supaya mereka tahu dan sentiasa berwaspada.
Saya dan Awal akan selalu pesan dan didik anak kami Lara apakah tubuh badan yang tidak boleh dipegang dan apa yang boleh dipegang. Kalau orang lain tak boleh pegang bahagian tersebut, begitu juga dengan dia jangan sesekali buat begitu pada orang lain.
Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pelancaran produk Glade Essences Elite yang berlangsung di The Swimming Club, The Kuala Lumpur Journal Hotel pada petang Khamis.
Cabaran ibu bapa era moden
Tambah pelakon filem ‘Evolusi KL Drift 2’ itu lagi, itulah cabaran yang perlu dihadapi terutamanya ibu bapa di zaman serba moden ini yang dilihat begitu memberikan pelbagai pendedahan kepada anak-anak.
Dan kalau kita lihat pun zaman sekarang ni, kanak-kanak sebaya dengan Lara mereka dah tahu mengenai datang haid dan sebagainya melalui pendedahan di media sosial mahupun menerusi filem yang ditayangkan.
Dan seperti yang saya katakan tadi, tugas saya dan juga Awal untuk mendidik anak-anak sebab kami pun tak tahu apa yang mereka belajar di sekolah.
Kadang-kadang saya dengar Lara berborak dengan kawan-kawan dia mengenai beberapa isu jadi saya macam, ‘Okay baik kami kena buat sesuatu’. Supaya anak-anak ini tak terkejut dan tahu yang mana salah, yang mana betul.
Sangatlah mencabar untuk menjadi ibu bapa di zaman serba moden ini di tambah pula dengan adanya media sosial. Anak-anak ini boleh tengok macam-macam dalam tu.
Scha turut berpendapat bahawa akhlak sangatlah penting untuk diterapkan dalam diri anak-anak kerana ia akan membantu mereka membuat keputusan dalam keadaan yang rasional.
Kadang-kadang kita tak tahu pun apa anak-anak ni boleh buat di belakang kita jadi sebagai ibu bapa kita perlu terapkan akhlak dalam diri mereka. Nak kawal lebih-lebih pun tak boleh tapi pada saya yang paling penting adalah untuk kami terapkan akhlak yang baik dalam diri mereka.
Dengan adanya akhlak, mereka akan ada rasionaliti. Bila mereka ada akhlak dan asas yang kuat, insya-Allah mereka berupaya untuk mengawal diri mereka sendiri.
Video
@ohbulanofficial Scha risau akan masa depan kanak-kanak yang masih kecil itu, moga kita doakan yang baik-baik sahaja ????#ohbulan #fyp #news #schaalyahya ? original sound – OHBULAN!