Sebelum ini, pelakon dan pengacara, Scha Alyahya tampil bersuara selepas namanya disenaraikan oleh netizen dalam gerakan #Blockout2024. Menurut Scha, tiada seorang manusia yang mampu menidakkan rezeki yang sudah diaturkan Allah.
Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Pesan Jangan Sebar Kebencian – ‘Apa Pekerjaan Kita Buat, Itu Rezeki Allah’
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Selar Tindakan Wardina Muat Naik Nama Selebriti Perlu Diboikot – ‘Dia Sendiri Pernah Jadi Duta’
Artikel Berkaitan: Ramona Zamzam ‘Tepek’ Selebriti ‘Dan Dan Post’ – ‘Yang Korang Kisah Adalah Duit & Populariti’
‘Followers’ dah kurang
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak OhBulan! jumlah pengikut Scha di Instagram dilihat semakin berkurang selepas dirinya disenaraikan dalam gerakan #Blockout2024 dan memberi respons berhubung isu berkenaan.
Scha yang sebelum ini memiliki 6.6 juta pengikut dilihat sudah kehilangan 100 ribu pengikut setakat ini.
Terdahulu, Scha memberi pesanan iaitu manusia tiada hak untuk menjatuhkan hukum terhadap kehidupan orang lain. Isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu turut berkata, dia menerima pendapat orang ramai dan berharap netizen berhenti menyebarkan kebencian.
Sumber: Scha Alyahya