Pelakon dan usahawan, Scha Alyahya mengakui membeli-belah secara dalam talian sudah menjadi sebahagian daripada rutin hariannya, malah barangan dapur sekecil belacan juga pernah dibeli menerusi platform e-dagang.

Artikel Berkaitan: Scha Alyahya Bakal Bergelar Penerbit, Baru Selesai ‘Meeting’ Projek Filem Pertama

Shopping online

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata, membeli-belah secara dalam talian bukan sahaja memudahkan urusannya, malah menjimatkan masa berbanding perlu keluar ke pusat beli-belah.

Kalau tanya saya, sangat kerap. Kalau sebulan mesti ada satu benda yang saya kena beli. Tapi bukan benda-benda mengarut.

Kalau saya tahu ada acara pada bulan depan, saya dah sediakan baju sendiri. Kalau dekat rumah ada benda yang saya perlukan dan harga lebih murah, saya akan beli sendiri secara online.

Saya takkan suruh pembantu saya beli. Tisu atau apa sahaja, daripada sekecil-kecil belacan pun saya akan cari dekat TikTok, saya akan beli dan mereka akan hantar. Sangat senang, jimat masa.

Scha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya bersama suami, Awal Ashaari sebagai pengasas bersama platform e-dagang penstriman langsung, JAM Bahasa yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Awan Dania turut berkongsi beberapa tip kepada orang ramai sebelum membuat pembelian secara dalam talian, terutama membabitkan produk bersaiz besar.

Paling penting kena betul-betul tahu apa yang kita nak dan baca ukuran. Saya selalu ingatkan Awal. Kadang-kadang dia beli meja atau kerusi, bila sampai lain sangat daripada jangkaan.

Saya tanya dia, ‘Awak baca tak ukuran tu? Awak ukur tak?’ Dia jawab tak, sebab tengok gambar saja. Jangan macam itu. Gambar kadang-kadang tak sama dengan saiz sebenar.