Pelakon dan pengacara, Scha AlYahya tampil bersuara selepas namanya disenaraikan oleh netizen dalam gerakan #Blockout2024.
Artikel Berkaitan: Awal Ashaari Selar Tindakan Wardina Muat Naik Nama Selebriti Perlu Diboikot – ‘Dia Sendiri Pernah Jadi Duta’
Artikel Berkaitan: Ramona Zamzam ‘Tepek’ Selebriti ‘Dan Dan Post’ – ‘Yang Korang Kisah Adalah Duit & Populariti’
Jangan sebar kebencian
Menerusi hantaran di Instagram Story, Scha berkata tiada seorang manusia yang mampu menidakkan rezeki yang sudah diaturkan Allah.
Malah, dia berpesan manusia tiada hak untuk menjatuhkan hukum terhadap kehidupan orang lain.
Setiap seorang daripada kita sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Baik saya, keluarga saya atau anda semua. Apa pun pekerjaan yang kita buat, itu jugalah rezeki yang sudah diaturkan.
Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah? Siapa kita untuk menjatuhkan hukum pada kehidupan dan rezeki seseorang?.
Pada hantaran yang sama, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu berkata dia menerima pendapat orang ramai dan berharap netizen berhenti menyebarkan kebencian.
Jangan kita tanam kebencian dan sebar permusuhan hanya kerana tidak sealiran dengan anda. Caci, maki dan hinaan itu adakah dihalalkan?
Jangan pernah sekali kita lupa, dosa sesama manusia. Saya meraikan semua pendapat dan terima kasih atas segala peringatan.
Terdahulu, kecoh di laman sosial mengenai gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk dan jenama yang berkaitan dengan Israel.
Sumber: Instagram