Di Instagram Story, pelakon, Scha Elinnea meluahkan rasa geram dengan sebuah pihak produksi kerana tidak menjaga kebajikan dirinya sebagai seorang pelakon.
Demam panas kena datang set
Menurut Scha, dia diberi cuti oleh doktor selama dua hari kerana demam namun perkara itu tidak diambil peduli oleh pihak produksi.
Beritahu saya produksi jenis apa dah tahu pelakon sakit demam panas sampai mengigil-gigil dan pelakon tu tetap datang set walaupun sakit. PM bawak pergi klinik dan doktor bagi mc dua hari suruh rehat tapi producer tak bagi perlepasan, suruh rehat dekat set. Wow. Bukan tu saja, perkara pertama saya bangun saya tengok dalam group ada manusia-manusia perli saya cakap itu ini.
Tambah Scha, dia faham tugas tersebut harus segera disiapkan tetapi kesihatannya pada masa itu tidak mengizinkan. Di akhir posting, Scha berkata dia tidak tahan dan penat apabila berada di persekitaran yang toksik.
Ya semestinya saya nak habiskan kerja ni cepat tapi sakit demam semua ni bukan saya yang mintak. Nak cakap tertangguh sebab saya? Habistu selama ni shoot semula hampir satu episod tu salah siapa? Baju konti takde salah siapa? Saya dah lama bersabar dengan tempat toksik ni. Penat mental. Orang tengah sakit kau jangan lagi tambahkan sakit orang tu.
Semua orang ada tahap kesabaran
Sumber: Scha Elinnea