Semalam viral di media sosial apabila seorang pelakon wanita ditahan gara-gara memiliki dadah jenis pil eramin. Menerusi laporan beberapa portal berita, nama Uqasha Senrose dikaitkan dengan penahanan itu malah foto dirinya dikatakan sedang ditahan polis juga tersebar luas.
Artikel Berkaitan : Pelakon Wanita Popular Kantoi Miliki Dadah
Terpalit dengan kontroversi ini sudah tentulah adik pelakon berkenaan yang juga merupakan seorang selebriti terkenal, Nelydia Senrose. Ramai yang meluahkan perasaan tidak puas hati di ruangan komen adik pelakon itu.
Uqasha tutup ruangan komen
Semenjak kes itu, Uqasha Senrose dilihat telah menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya. Namun, netizen bertindak menyerang instagram adiknya Nelydia Senrose.
Memang kesian betul baca komen-komen di IG Nelydia. Semoga terus tabah.
Nelydia diserang
Sumber : nelydiasenrose