Berita mengenai kekejaman Ah Long terhadap peminjam yang enggan melangsaikan hutang sering kali di dengar. Namun, pernah tak korang dengar kisah kekejaman Ah Long terhadap mangsa keadaan misalnya, keluarga mahupun jiran pemimjam?
Menerusi China Press, seorang lelaki yang dikenali sebagai Lim, 26 tahun, terpaksa hidup dalam ketakutan disebabkan oleh hutang adiknya. Malah, jiran tetangganya juga menerima kesan yang sama apabila Ah Long tersebut membuat kacau di kawasan perumahan mereka.
Simbah cat merah
Menurut Lim, walaupun jirannya tidak mempunyai kaitan dalam masalah itu, Ah Long tersebut tetap membuat kacau di kawasan perumahan mereka di Taman Pendamar Indah, Klang. Sebanyak 14 buah rumah dan 18 buah kereta disimbah cat merah.
Dia juga berkongsi bahawa namanya diletakkan sebagai penjamin oleh adiknya, kepada 10 Ah Long yang berbeza tanpa pengetahuannya.
Kami dah lama pinggirkan dia sebab dia terlibat dengan kes dadah dan kecurian.
Diganggu dengan panggilan telefon
Lebih menakutkan, dia juga diganggu dengan panggilan telefon dan mesej daripada nombor yang berbeza. Malah, dia juga menerima banyak surat ugutan.
Meskipun laporan polis telah dilakukan beserta bukti, kumpulan Ah Long tersebut tidak berasa takut. Mereka siap hantar klip video mereka melakukan perbuatan keji tersebut sebagai ugutan.
Saya tidak mempunyai sumber kewangan yang stabil dan sudah tentu saya tidak mampu membayar hutang tersebut. Tambahan pula emak saya sedang sakit dan saya perlu menjaganya.
Jiran terpaksa membelanjakan wang
Jiran-jirannya terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membersihkan dan membaiki rumah dan kenderaan masing-masing. Malah, ada yang membelanjakan kira-kira RM 1,400 bagi membersihkan sebuah kereta yang disimbah cat merah.
Sumber: China Press