berita

‘Sebab Kenapa Orang Upah Photographer Supaya Gambar Tak Buruk Macam Ni’

November 5th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, seakan sudah menjadi satu trend dimana kebanyakan rakyat Malaysia akan mengupah photographer untuk mengabadikan kenangan terindah mereka dengan gambar-gambar yang cantik.

Namun, lain pula ceritanya apabila seorang pengguna Twitter, Syamira Azhar yang berpendapat bahawa mengupah photographer merupakan satu ‘pembaziran’. Perkongsiannya itu telah mendapat kecaman daripada warganet yang rata-ratanya tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan gadis ini.

‘Membazir’ upah photographer

Menurut Syamira, dia berpendapat bahawa mengupah photographer adalah membazir. Baginya mengambil gambar dengan menggunakan kamera telefon dan ditambah sedikit dengan editing pun sudah memadai dan cantik. Tidak perlu menggunakan kamera Digital Single-Lens Reflex Camera (DSLR) seperti yang dipakai oleh photographer.

Gadis ini juga turut berkongsi beberapa foto hasil yang diambil menggunakan kamera telefonnya setelah di edit.

Berbaloi kalau upah photographer

Upah kerana kemahiran dan pengalaman

Walau bagaimanapun, perkongsiannya itu telah mendapat kecaman warganet yang rata-rata tidak menyokong kenyataan gadis ini.

Mereka berpendapat bahawa kemahiran dan pengalaman yang ada pada seseorang photographer itulah yang menjadikan gambar tersebut unik dan eksklusif.

Sumber: Syamira Azhar

SKIP THIS AD ×