berita

[VIDEO] 10 Sebab Kenapa Peperiksaan Tahap 1 Dimansuhkan

January 8th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Oktober lalu, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid Tahap 1 iaitu bagi tahun 1, 2 dan 3 akan dimansuhkan. Pengumumkan itu dibuat menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya.

Tambahnya lagi, peperiksaan tersebut akan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.

Sebab kenapa dimansuhkan

Menerusi sebuah video di Instagram, Menteri Pendidikan memberikan 10 sebab kenapa peperiksaan tahap 1 dimansuhkan. Katanya, pendekatan pendidikan ini selari ke arah ‘learning centered’ bukan lagi ‘exam oriented’.

Lebih fokus kepada kepelbagaian potensi murid

  • Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian potensi murid
  • Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
  • Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
  • Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip Values are caught and taught
  • Dapat membentuk karakter murid dengan kaedah learning-centered

Memperkukuh kemahiran 4M

  • Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
  • Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah PBD yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
  • Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
  • Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
  • Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluan murid

Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan pendekatan baru yang diambil. Jelas mereka, pendidikan di peringkat sekolah rendah seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni disamping pendidikan lebih kepada permainan untuk menimbulkan rasa seronok di sekolah.

Dapat sokongan ibu bapa dan guru

Sumber : Dr Maszlee Malik

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×