berita

Sebab PKP, Satu Keluarga Huru Hara Dibuatnya! Jom Layan Drama Bersiri Terbaru TV3 Ni Di iQIYI!

April 8th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

 

Korang ingat lagi tak masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat pertama kali setahun lalu? Masa tu semua orang kena duduk di rumah dan buat macam-macam aktiviti. Ada yang setiap hari cuba resepi baru, buat bisnes dari rumah, makeover rumah, berkebun dan macam-macam lagilah!

Bila dah habiskan masa 24 jam sehari dengan keluarga tu, ada jelah benda nak dibuatnya. Kadang-kadang sampai bergaduh! Macam keluarga Tok Wan ni, kelam kabut dibuatnya!

Haa..cakap pasal keluarga Tok Wan ni, kami nak kongsikan kepada korang satu drama menarik Covid Oh Covid yang confirm buat korang terhibur! Lagi best, drama ni kini dah ada di iQiyi dan korang boleh tonton secara percuma dan eksklusif di iQiyi setiap Rabu hingga Sabtu, jam 10 malam!

1 keluarga, bermacam-macam ragam!

Drama bersiri Covid Oh Covid yang dibintangi Tony Eusoff, Adibah Noor, Umie Aida, Nora Danish, Tiz Zaqyah, Nabila Huda dan ramai lagi ni mengisahkan tentang keluarga Tuan Ariffin yang mulanya rapat tetapi menjadi huru hara disebabkan pandemik yang melanda. Konflik bermula apabila Habsah mendapat tahu yang suaminya Tuan Ariffin ada skandal dengan seorang janda.

Manakala Safura yang juga seorang penyanyi merancang untuk mengadakan konsert virtual untuk membantu golongan seni yang terkesan dengan pandemik. Shazlin pula dilanda masalah apabila kantoi dengan suaminya yang dia sebenarnya tak pandai masak! Bukan itu je, Tok Wan pula mengidap Alzheimer dan selalu membuat suasana jadi kelam kabut dengan perangainya.

Senang cerita nanti korang follow je drama ni rapat-rapat kalau nak tengok pelbagai lagi kekecohan yang berlaku dan adakah hubungan kekeluargaan mereka akhirnya terjalin kembali?

Iluminasi

Kalau korang nak tahu, drama ni menjalankan penggambaran ketika musim pandemik dan ini merupakan kemunculan terbaru Tony Eusoff di TV3 sejak 2018. Menariknya, kali ni Umie Aida buat pertama kalinya membawa watak orang tua yang menghidapi Alzheimer.

Nak tengok lebih banyak insiden lucu? Saksikan Covid Oh Covid secara PERCUMA di iQiyi!

Buat korang yang dah terlepas episode pertama, jangan risau, korang boleh saksikan drama Covid Oh Covid ni secara percuma di iQiyi.

Selain itu, drama-drama tempatan popular di TV3 seperti 7 Hari Mencintaiku, Cinta Sekali Lagi, Shah Alam 40000 dan banyak lagi pun ada. Nak tonton K-drama, drama Cina atau anime yang lain pun boleh. Semuanya korang boleh tonton di iQiyi dengan pengalaman tontonan yang berkualiti secara PERCUMA!

Korang boleh download aplikasi iQiyi di sini kalau nak tonton dari skrin yang lebih besar!

Korang juga boleh nikmati lebih banyak video bermutu tinggi yang eksklusif dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sangat berguna terutamanya semasa adegan di mana pelakon bercakap dengan pantas ataupun kurang jelas. 

Bukan itu je, iQiyi juga menyediakan dua keahlian berbeza iaitu VIP standard dan VIP Premium, dimana dengan menjadi ahli VIP iQiyi, korang boleh nikmati pelbagai faedah ekslusif seperti skip iklan, Dolby Atmos surrounding sound, tontonan lanjutan, HD penuh dan kandungan eksklusif (VIP sahaja). Best kan?

Mesti korang tak percaya kalau kami bagitahu yang caj keahlian VIP ni memang berbaloi sangat iaitu hanya RM1.90 untuk bulan pertama dan bayaran bulanan serendah RM8.90 sahaja! 

Jadi, jangan lupa saksikan Covid Oh Covid, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 10 malam di iQiyi!

Tonton drama bersiri Covid Oh Covid di sini. 

 

SKIP THIS AD ×