berita

Sebab ‘Ysuku’ Suami, Siti Sarah Jadi Mangsa Serangan Netizen Di Twitter

September 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menghadapi masalah kebimbangan melampau (anxiety) bukan suatu perkara yang mudah untuk ditangani. Itulah yang dihadapi penyanyi, Siti Sarah apabila kemunculannya di Twitter, disambut negatif oleh netizen.

Menurut Sarah, dia sangat terkejut apabila segelintir warga Twitter sanggup meninggalkan komen negatif tanpa memikirkan perasaan orang lain. Tambahnya, komen yang diterima oleh dirinya itu seolah serangan yang membuatkan dirinya sedih.

Dapat serangan macam ni

Menerusi Instagram Siti Sarah, penyanyi tersebut memuat naik satu posting mengenai dua orang individu yang melakukan serangan terhadap dirinya. Melalui posting tersebut, dua orang individu tersebut menyifatkan Sarah sebagai punca motosikal jenis Yamaha 15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku menjadi perhatian pihak berkuasa.

Menurut Sarah, dia tidak menyangka dua orang individu tersebut tergamak membuat serangan seperti itu. Tambahnya, dia berasa sedih apabila segelintir masyarakat sanggup menghentam isteri dan anak orang. Namun, penyanyi itu mendoakan supaya kedua-dua individu itu mampu membeli motosikal tersebut dan mencapai kebahagiaan.

Sudah-sudah la isu fenomena

https://www.instagram.com/p/B21Kk_BnVbr/

Sebagai suami, Shuib memohon kepada netizen supaya menghentikan isu fenomena tersebut kerana isterinya kini mengalami anxiety. Tambahnya, dia turut mempersoalkan sama ada fenomena ini hendak dijadikan bahan ejekan mahupun sebaliknya. Perkongsian Shuib ternyata mendapat sokongan rakan artis dan segelintir netizen yang rata-ratanya memohon supaya pasangan tersebut tidak membaca komen negatif para netizen.

Kau nak aku hentak budak-budak ni?

Sumber: Siti Sarah & Shuib Sepahtu

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×