Isu buli antara pelakon senior dan junior masih hangat diperkatakan di media sosial sehingga ke hari ini. Berikutan daripada isu tersebut, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri tampil memberi nasihat kepada pelapis baharu agar memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Garang Kalau Datang Set Penggambaran Tak Bersedia’ – Lana Nodin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pengarah Pernah Campak Skrip Dekat Muka Saya Di Awal Kemunculan’ – Nelissa Nizam Fikir Positif, Jangan Jadi Pelakon Manja
Artikel Berkaitan: ‘Tekap Seterika, Pukul Baru Boleh Dilabel B*li…Manja Sungguh’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Aku Mula Berlakon Dulu Bukan Baling Skrip Je, Mandi Air Batu Pun Orang Buat’ – Lana Nodin
Artis dulu dididik lebih teruk
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Bell berkata, penggiat seni suatu masa dahulu pernah dididik lebih mencabar sehingga menjadikan mereka pelakon yang berkualiti.
Jangan salah faham, bukan membuli. Mungkin itu salah satu proses mengajar. Artis zaman dahulu dididik lebih teruk. Sebagai artis yang berlakon dari kecil sehingga kini, pelbagai pengalaman yang saya sudah lalui.
Dimaki, dimarah dan dilempang, itu lebih teruk. Saya juga menganggap itu proses belajar dan cabaran. Sebelum ini, saya pernah cerita tentang saya tetap perlu hadir ke lokasi penggambaran walaupun baru lepas kemalangan.
Sekiranya saya tidak pentingkan diri, saya boleh menyebabkan kerugian belanja, masa dan tenaga ramai pihak yang sudah ada di lokasi penggambaran itu.
Di samping itu, Bell berpendapat populariti yang diraih oleh kebanyakan pelapis baharu membuatkan mereka tidak mampu berdepan dengan cabaran dalam industri lakonan.
Tambah pemenang Bintang Paling Popular ABPBH edisi ke-35 itu lagi, mereka belum tahu bagaimana karakter pengarah zaman dahulu lagi.
Pengarah zaman dulu lebih tegas. Berbeza cara bekerja dahulu dan sekarang. Mungkin juga kerana artis sekarang lebih dikenali kerana platform yang mereka miliki, mereka manja. Sekiranya, rasa mahu berlakon, lakukan sepenuh hati.
Tidak perlu terima tawaran sesebuah naskhah sekiranya tidak menepati kehendak diri,” jelasnya.
Bell yang ditemui pada majlis pelancaran produk Sambell’s, Isnin lalu, turut memberi pesanan kepada pihak pengarah dan produksi agar bijak memilih wajah yang bakal membintangi drama mereka.
Pada saya, orang yang mengajar pun perlu bertoleransi. Sekiranya perlukan pelakon yang boleh penuhi kehendak watak cari orang yang tepat. Jangan disebabkan pelakon baharu itu ada pengikut yang ramai, awak harap lakonannya seperti Zul Ariffin. Semua itu perlu dipertimbangkan semula.