Beberapa barisan selebriti termasuk penyanyi Asfan Shah tampil dengan inisiatif menyebarkan dakwah dengan mengadakan solat Asar berjemaah di tengah-tengah lokasi tumpuan di Bukit Bintang.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma Harun Tegur Influencer & Pelakon Lelaki Jangan Kerana Fesyen & Ikut Trend Sanggup Memakai Yang Haram
Artikel Berkaitan: Berang Dituduh Ciplak Lagu, Asfanshah Sound Penyanyi Paling Famous Abad Ini
Dakwah Islam
Menurut penyanyi berusia 38 tahun ini, dia menyedari hakikat bahawa tidak semua orang akan menyokong perbuatannya itu. Malah, dia juga tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk perihal ibadah kepada umum. Sebaliknya hanya melihat inisiatif itu sebagai satu medium dakwah.
Kami dah sedia memang ada orang yang suka dan tak suka. Kalau fikir tentang orang suka atau tak, memang sampai bila-bila takkan habis.
Kita cuma nak sampaikan kebaikan. Itu motif utama dan buat kempen menyambut Ramadan. Sebab itu, kami bawa Ustaz Syed Putra Haizam Al-Shahab sama-sama mengemudi solat dan beri sedikit tazkirah tentang bulan puasa.
Semoga ramadan tahun ini lebih mantap buat kita semua berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Niat semata kerana Allah
Dalam pada itu, pemilik nama Norasfan Shah Shah Rudin ini memberitahu dia dan penganjur telah mendapatkan rujukan serta pendapat daripada golongan alim ulama sebelum mengadakan solat jemaah di sana.
Kami dah telefon beberapa ustaz dan maulana serta guru-guru. Nabi Muhammad dulu pun ada orang tak suka baginda.
Berbuat baik ini memang ada orang suka dan sebaliknya. Niat buat semata-mata kerana Allah. Bukan nak sukakan manusia tetapi nak sukakan Allah SWT dan Rasulullah.
Apa pun yang kita pakai. Siapa pun kita, selagi tutup aurat dan dalam wuduk, kita boleh masuk masjid atau tunaikan solat di mana-mana. Tiada masalah.
Bukan itu sahaja, acara ini turut disertai oleh beberapa orang selebriti terkenal seperti Aliff Aziz, Saharul Ridzwan dan Yusuf Bahrin yang sama-sama menunaikan solat Asar di sekitar laluan pejalan kaki bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Sementara itu, setelah selesai beribadah, Asfan dan rakan niaganya yang lain melancarkan produk terbaharu mereka iaitu wangian dengan kerjasama Deep Faith dan Medini Bouutique.
Sumber: Kosmo & Deep Faith Co.