berita

‘Sebagai Seorang Abang & Anak, Dia Sempurna’ – Adik Benjy

July 12th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam, pelakon Karena Cintaku Saerah iaitu Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy telah meninggal dunia di sebuah hospital di Medan, Indonesia akibat asma. Pemergian insan yang cukup berbakat ini merupakan sebuah kehilangan permata dalam industri seni tanah air.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Lupa Ben Sudah’ – Ellie Suriaty Kongsi Perbualan Terakhir Bersama Arwah Benjy

Artikel berkaitan: Keluarga Benjy Izinkan Arwah Dikebumikan Di Medan

Adik perempuan kepada Allahyarham Benjy iaitu Elza Irdalynna turut berkongsi keratan mesej terakhir mereka di aplikasi Whatsapp sebelum abang kesayangannya itu pergi buat selama-lamanya.

Mesej terakhir dari Benjy

Dalam perbualan tersebut, Elza memaklumkan situasi Covid-19 di Malaysia yang berada dalam perintah ‘lockdown’ dan perkara tersebut turut menjejaskan pendapatan bulanannya. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dijadikan penghalang baginya untuk terus membantu Benjy dan memberikan sedikit wang sebagai duit belanja.

Elza turut mengingati pengikutnya di laman Twitter untuk sentiasa berkomunikasi dengan insan yang tersayang dan menghargai mereka sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Ini adalah mesej terakhir dari Ben kepada saya. Walaupun dia masih di dalam penjara, dia masih memberi sokongan. Masih menjadi abang saya.

Sentiasalah ingat untuk berbuat baik kepada insan yang disayangi. Kamu tidak pernah tahu bila kali terakhir kamu akan bercakap dengan mereka.

Penjelasan dari adik Benjy

https://www.facebook.com/104339404120/videos/804564800226215

Pada masa yang sama, Elza turut memuat naik sebuah video berdurasi 4:40 minit di laman Facebook menjelaskan kepada umum mengenai kematian pelakon Benjy di Indonesia itu. Elza turut menyangkal beberapa dakwaan yang mengatakan arwah Benjy meninggal dunia disebabkan positif Covid-19.

Terima kasih sangat-sangat untuk doa dari kalian. Saya cuma ingin menjelaskan tentang beberapa perkara. Pertama, Ben tidak meninggal dunia disebabkan Covid-19. Dia tidak pernah dijangkiti Covid-19. Ben menghidap penyakit asma yang kronik sudah beberapa tahun dan telah dirawat di hospital beberapa kali. Jangan politikkan kematian Ben.

Kami sekeluarga telah menerima banyak panggilan telefon dan mesej dari masyarakat untuk bertanyakan mengenai kematian Ben. Ayah saya menghidap strok dan situasi ini tidak bagus buatnya dan dapat memberi kesan terhadap kesihatannya. Malah, situasi ini juga tidak bagus untuk mental keluarga kami buat masa sekarang. Sebab kita pun stress disebabkan lockdown dan sebagainya. Beri kami sedikit ruang…

Akhir sekali, abang saya sangat mencintai seni. Dia seorang yang sangat berbakat dalam lakonan. Saya berharap, jika anda mengingatinya, ingatilah dia disebabkan perkara yang baik bukannya kesalahannya. Sebagai seorang abang dan anak lelaki, dia sempurna… Kami tidak pernah putusa asa, kami akan merinduinya. Terima kasih sangat-sangat.

Sumber: Elza Irdalynna

SKIP THIS AD ×