berita

‘Sebagai Seorang Ibu Kepada Anak Lelaki, Berita Rayan Buat Saya Tersentuh’ – Neelofa

February 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Berita kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram yang terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrare, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen pada Selasa, telah menjentik hati rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: Kronologi Terperangkap Dalam Perigi: Pasukan Penyelamat Hanya Tarik Keluar Mayat Rayan – ‘Perginya Anak Syurga’

Hati umi tersentuh

Pengacara dan usahawan Neelofa turut terkesan dengan kisah duka tersebut.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Neelofa, 33, menyatakan dia sangat sedih dengan insiden yang menimpa anak kecil berumur lima tahun itu.

Sebagai seseorang yang baru merasa menjadi seorang ibu juga kepada anak lelaki. Berita ini benar-benar buat saya tersentuh sepanjang hari semalam.

Sakit kepala baca berita

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia tidak dapat membayangkan perasaan kehilangan anak tercinta yang selama ini menjadi penyeri kehidupan.

Dalam pada itu, bekas hos program MeleTOP turut mendoakan agar keluarga terbabit kuat dalam menempuh dugaan Allah.

Jadi sakit kepala bila tengok posting Rayan. Tak sanggup dan tak boleh bayangkan perasaan keluarga anak syurga ini.

Semoga Allah mudahkan keluarganya untuk lalui ketentuan-nya dan menanti Rayan di pintu syurga.

Terdahulu, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Rayan sudah pun meninggal dunia ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.

Sumber: Instagram @Neelofa

SKIP THIS AD ×