Seorang wanita yang sedang sarat hamil 6 bulan disahkan meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan yang dialami selepas dijangkiti Covid-19. Lebih meruntun hati apabila mengetahui anak dalam kandungan juga tidak dapat diselamatkan.
Ibu hamil meninggal dunia
Foto: Facebook
Kisah sayu itu dikongsikan di Facebook oleh beberapa individu yang dipercayai merupakan sepupu arwah. Berdasarkan perkongsian Fatien Ariffin, wanita ini memaklumkan bahawa sepupunya iaitu Rohaizah Yasman yang sedang hamil anak ketiga ini telah menghembuskan nafas terakhir sehari selepas anak dalam kandungannya ‘dilahirkan’.
Semalam terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan disebabkan aliran oksigen tak smpai ke kandungan. Bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan. Hari ini (7 Jun) pada pukul 10.00 pagi ibunya pula menghadap Ilahi. Semoga dilapangkan seluas-luasnya kubur Allahyarhamah. Aamiin.
Menurut sumber, janin seberang 500gram itu perlu dikeluarkan selepas si ibu perlu dirawat secara intubated. Difahamkan, arwah baru sahaja kehilangan ayah, Yasman Bin Manap pada tiga hari lalu dan kini gilirannya pula menyusul ayah tercinta. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan ahli keluarga ini apabila menerima berita tentang pemergian dua insan tersayang.
Baby 500gram tak dapat diselamatkan
Foto: Facebook
Salam takziah
Sementara itu , menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak putus-putus mengucapkan salam takziah buat keluarga ini dan mendoakan agar mereka semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan ini.