berita

‘Sebak Bila Beliau Sebut Kematian Dalam Forum’ – Ceramah Terakhir Imam Muda Miril Sebelum Pergi

September 13th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Semalam, bekas peserta program Imam Muda Musim Pertama, Imam Muda Miril disahkan meninggalkan dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) akibat pendarahan otak.

Menerusi laporan Harian Metro, adik arwah memberitahu abangnya dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit kepala.

Berlaku pendarahan otak, perlu dibedah

Meninggal dunia pada usia 33 tahun, penceramah yang bernama Amiril Md Banin ini meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki. Menurut isteri, selepas mengadu sakit kepala arwah dibawa ke hospital dan doktor mendapati ada pendarahan otak serta perlu dibedah.

Menurut kakak ipar, selepas pulang dari berceramah mereka sekeluarga merancang untuk pergi makan di sekitar Terengganu.

Namun, dalam perjalanan arwah mengadu sakit kepala dan rasa tidak sedap badan. Jadi, dia membatalkan perancangan itu.

Sampai di rumah, arwah minta kakak ipar menghubungi ambulans.

Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan berlaku pendarahan otak dan perlu dibedah.

Selepas menjalani pembedahan, arwah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.

Sebak beliau sebut pasal kematian

‘Ana cemburu dengan enta syeikh’

‘Kau akhiri hidupmu dengan puasa di Bulan Haram’

Sumber : Harian Metro , Pu Amin , Imam Muda Asyraf

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×