berita

Sebak Dengar Nyanyian Protege, Siti Sarah Menangis Di Konsert Pertama Mentor Otai

March 26th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Semalam merupakan minggu pertama Konsert Mentor Otai yang menyaksikan 8 orang peserta bakal bersaing dalam program tersebut. Apa yang menariknya kali ini adalah mereka mengambil peserta-peserta yang lebih berumur berbanding edisi Mentor terdahulu. Memang ramai teruja nak tengok peserta otai beraksi. Sekali sekala bagi ‘orang lama’ pula tunjukkan bakat mereka.

Boleh dikatakan nyanyian semua protege semalam berjaya menambat hati juri. Tak sangka berbisa lagi mereka ini. Namun, apa yang paling mencuri perhatian kami adalah nyanyian dari protege Siti Sarah. Fuhh meremang beb! Sampai mentor sendiri pun menangis. Kenapa pula?

Protege siapa yang paling Otai?

Untuk Mentor Otai tahun ini, ianya akan menampilkan Misha Omar, Siti Sarah, Tam Spider, dan Zarul Husin sebagai mentor. Setiap dari mereka, akan mempunyai 2 orang protege. Pembukaan konsert minggu pertama kali ini memang cukup happening. Ramai juga terpukau dengan nyanyian mentor-mentor ini yang masih power.

Nyanyian memukau hati

Alina atau lebih dikenali seagai Kak Lina selaku protege kepada Siti Sarah berjaya membawa lagu Samar Bayangan nyanyian Nicky Astria. Siapa sangka walaupun sudah 50 tahun, Kak Lina masih dapat menyanyikannya dengan baik sekali sehingga mendapat pujian dari juri-juri.

Kalau korang nak tahu, Kak Lina ini sebenarnya merupakan seorang bekas peserta Sinaran Passport Kegemilangan. Oh patutlah lain macam aura dia.

Juara mingguan

Dengan kemantapan suara, vokal yang dilemparkan, tidak hairanlah Alina berjaya menjadi pemenang mingguan. Selaku juri tetap Edry dan Mark Adam turut mengakui kehebatan suara yang dipersembahkan peserta ini. Memang boleh dikatakan agak perfect. Paling menyentuh hati adalah penghayatannya ketika menyanyikan lagu ini.

Dalam pada itu juga, Alina sempat meminta orang ramai sedekah Al-Fatihah buat arwah Datuk Adnan Abu Hassan selepas persembahan tersebut. Rupa-rupanya arwah pernah menjadi guru nyanyian kepada Alina.

Siti Sarah menangis?

Ini adalah babak yang paling kami terkejut apabila Siti Sarah diminta mengulas nyanyian protege nya. Penyanyi itu menangis sebak apabila memberi komen serta berterima kasih kepada Alina kerana memberi fokus sepenuhnya terhadap nyanyian itu. Siti Sarah turut mengakui Alina mempunyai keikhlasan dalam penyampaian lagunya itu sehingga membuatkan dirinya sebak.

Tidak terhenti disitu sahaja apabila pihak produksi Mentor turut menayangkan babak sesi latihan antara Siti Sarah dan Alina. Dalam video itu, dilihat Siti Sarah sedang memarahi Alina kerana kurang memberi fokus. Mungkin lah itu faktor Siti Sarah menangis kut. Yelah tiba-tiba Alina macam bertenaga malam itu.

Ramai puji

Sebenarnya banyak lagi yang perkara best berlaku malam semalam. Persembahan protege semua hebat hebat belaka dan memang boleh dikatakan agak sengit. Ini yang membuatkan admin tak sabar nak tengok Mentor Otai minggu hadapan. Agaknya siapa yang bakal bergelar juara ye? Jangan lepaskan peluang untuk menonton Mentor Otai pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.

Sebelum itu, korang jangan lupa undi peserta pilihan korang di laman web ini www.xtra.com.

Jom saksikan Mentor Otai!

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×