berita

Sebar HIV & Punca Kematian Bayi, Isteri Saman Suami ‘Kantoi’ Curang

February 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Kisah tentang seorang wanita yang dijangkiti virus kurang imun (HIV) oleh suaminya yang curang telah didedahkan oleh seorang peguam, Kirdphon Kaewkird di laman Facebook (FB).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Tarik Tudung ‘Penyondol’, Tak Puas Hati Cuba Goda Suami Secara Terbuka

Artikel Berkaitan: Curang Punya Pasal, Isteri & Ibu Rancang Culik ‘Penyondol’

Kantoi curang

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Thailand itu tular selepas wanita berkenaan meminta bantuan peguam terkenal tersebut untuk membantunya memfailkan saman terhadap suaminya kerana telah mengakibatkan diri dan bayi dijangkiti HIV.

Saya menerima panggilan daripada seorang wanita yang tinggal di wilayah Isaan. Wanita itu berkata suaminya telah menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang dan dijangkiti HIV.

Lebih parah, peguam itu mendedahkan wanita berkenaan juga mendakwa jangkitan yang dibawa oleh suaminya itu telah menyebabkan bayi mereka yang baru lahir meninggal dan dipercayai disebabkan oleh perbuatan curang suaminya.

Virus itu telah menjangkiti dia (wanita itu) dan bayinya. Bayi yang baru dilahirkan jatuh sakit kemudian meninggal dunia.

Sebelum ini, wanita tersebut tidak pernah curiga namun suaminya mengaku berlaku curang setelah doktor mengesahkan bayi mereka dijangkiti virus itu. Suaminya terdahulu telah mengetahui bahawa dia penghidap HIV namun tidak berusaha untuk mencegah.

Suami yang tidak bertanggungjawab itu boleh didakwa mengikut Seksyen 297 Undang-undang Jenayah negara terbabit yang akan membawa kepada hukuman penjara enam hingga 10 tahun.

Sumber: Thaiger

SKIP THIS AD ×