berita

Sebelum Kahwin Lagi Dah ‘Bersarang’ Dalam Rahim, Wanita Kongsi Pengalaman Disihir

September 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama terbentuk sewaktu awal kejadian manusia di atas muka bumi lagi. Berpunca daripada perasaan dengki, cemburu dan cinta, manusia sanggup menggunakan ilmu sihir bagi mendapatkan kemahuan yang diingini.

Menerusi Instagram Aisyah, wanita ini berkongsi kisah dirinya terkena perbuatan sihir. Lebih tersiksa, benda yang dihantar itu bersarang di dalam rahimnya sebelum berkahwin lagi.

Hati-hati dalam berkawan

Sekadar gambar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim, I dont know where to start, but let me thank family, followers, friends sama ada yang kenal ataupun tidak dan semua yang tak putus beri nasihat, tips dan kata semangat. Bersyukur sangat Allah kenalkan Aisyah dengan kalian semua. Alhamdulillah Aisyah dah pulih slowly. Alhamdulillah banyak benda yang Aisyah belajar dan nampak kesungguhan Ummi dan suami yang betul-betul jaga Aisyah.

Okay jom kita start. Firstly, kepada rakan-rakan perempuan, Aisyah nasihatkan kalian untuk berjaga-jaga dengan siapa kalian berkawan. Before this, I went through a lot of relationships. Sebelum hijrah, Aisyah kenal dengan beberapa orang lelaki untuk dijadikan suami. Tapi, semuanya tak menjadi, mungkin bukan jodoh. Perkahwinan Aisyah dan Alif pun bukan disebabkan Aisyah yg suka, tapi dengan redha Ummi Aisyah. Hati-hati dengan sesiapa yang kalian berkawan. Tak kira perempuan atau lelaki. Sebaiknya ambil tahu siapa keluarga dan insan yang kalian kenal. Mungkin ini pengajaran yg Allah nak Aisyah belajar & sebarkan.

Benda yang dihantar kepada Aisyah ni actually sudah hampir setahun lebih. To be exact, sebelum kahwin lagi dia dah hantar. Cuma, Aisyah sendiri tak perasan. Okay, girls, get ready kalau petanda ni ada pada korang. Daripada sebelum kahwin, Aisyah ada masalah haid dan istihadhah yamg terlampau extreme. Kadang tu, Aisyah pun pening mana satu haid, mana satu istihadhah. Bila jumpa doktor, mesti doktor bagi pil perancang, untuk smooth kan balik kitaran haid. Walaupun dah makan pelbagai jenis ubat, kitaran haid masih tak teratur dan darah makin menjadi-jadi.

Bersarang dalam rahim

Sekadar gambar hiasan

Aisyah tak pernah kena rasuk ataupun buatan orang sebelum ni, so sangat mudah benda halus ni nak masuk dalam badan. Satu lagi perangai Aisyah, Aisyah sangat suka tengok cerita hantu. Tak takut langsung. Aisyah dapat tahu yang kena buatan orang pun lepas tengok wayang cerita Makmum. Setiap kali tengok cerita seram, Aisyah akan tunggu part hantu. Teringin nak tgk mcm mana rupa hantu. Kadang tu, tak tahu kenapa teringin sgt nk tgk hantu. Untuk korang yg belum baca lagi part 1, Aisyah recommend korang baca supaya korang tak salah faham. Sambung jom. Bila nak masuk bilik, kadang tu terasa macam bulu roma naik satu badan. Tapi still positif, mungkin Aisyah je yg fikir lebih.

Ramai yg ingat benda ni dihantar lepas kahwin, tapi rupanya drpd sebelum kahwin lagi dah bersarang dalam rahim. Selama ni ingatkan masalah hormon, rupanya ada benda yg bersarang dlm rahim. Dah 5 kali Aisyah try check kehamilan , dan semuanya gagal. Of course, Aisyah pun rasa sedih sbb kawan lain semua dah pregnant, Aisyah ni masih ada masalah lagi. Korang bayangkanlah, macam mana nak pregnant kalau dah darah keluar 2 bulan non stop? Waktu subur pun tak boleh nak estimate. Kebetulan sebelum ni Alif dah 2 kali mimpi ular hitam. Aisyah pun pernah mimpi ular sekali Kitaorg dah pelik, tapi husnudzon lagi

Then, makin lama Aisyah rasa macam badan makin sakit. Tak tahulah kenapa. Just think positif, mungkin Aisyah yg selalu sibuk, sbb tu badan sakit-sakit. Dah hampir setahun lebih, Aisyah rasa tak selesa pakai tudung kalau terlalu lama. Kepala Aisyah akan sakit teramat. Nak kata anak tudung ketat, tak pula. Kadang tu, baru je pakai tudung, tapi bila keluar rumah, terus sakit. Setiap kali pening tu mesti rasa nak muntah. Banyak kali Aisyah nak termuntah sbb pening kepala yg terlampau.

Pinggang rasa nak tercabut

Sekadar gambar hiasan

Before pergi China utk Hijanah Haul, Aisyah memang byk sgt kerja. Meeting tak habis, pergi talk lagi. Pinggang Aisyah rasa mmg sakit sgt. Mcm nak tercabut! Aisyah belum pernah kena lagi sakit pinggang mcm ni. sampai kan, nak duduk pun rasa tak sedap. Setiap kali bangun tidur, belakang badan mesti rasa lebam & kesan kena cubit kuat. Setiap masa rasa mcm ada org perhati. Masa kat China ni la kawan Aisyah nampak ada kelibat hitam dekat Aisyah sepanjang masa. Waktu ni Aisyah x percaya, tapi kawan Aisyah memang paksa suruh berubat. Badan Aisyah pun makin hari makin sakit. Sorry, Aisyah nak cerita sampai habis tapi caption limit. Ada masa Aisyah sambung balik okay.

Aisyah terlupa nak cerita mcm mana keadaan Aisyah masa kena buatan ni. Kalau korang tak baca lagi part 1, make sure korang baca dulu okay! Dulu masa awal kahwin, rasa mcm semuanya indah. Tapi lama kelamaan, Aisyah ni jadi org yg kuat marah & mesti ada benda yg tak kena. Mesti rasa nak marah, mengamuk. Even, Alif sibuk whatsapp sbb kerja pun kadang tu boleh buat Aisyah marah.

Sometimes, Aisyah sendiri pun pelik. Kenapa teruk sgt Aku rasa marah ni? Padahal dia cuma balas whatsapp. Kadang tu dia pergi dobi pun Aisyah rasa mcm nak marah. Tapi, syukur, Allah jadikan sifat Alif ni seorang yg sgt penyabar. Dia selalu sabar dgn Aisyah, selalu pujuk, selalu puji & always try utk buat Aisyah happy
Waktu lepas berubat, Alif & Ummi sgt banyak jaga Aisyah. Alif sanggup tunggu sampai tengah malam utk tgk Aisyah tidur dulu. Dia takut kalau ada benda yg kacau Aisyah waktu tidur. Ummi pula sibuk jaga pemakanan Aisyah. Aisyah mmg totally lemah sehari lepas berubat. Alhamdulillah getting better day by day.

Rasa macam terpinggir

Sekadar gambar hiasan

Salah satu kesan kena buatan yg org hantar ni juga, Aisyah makin jauh drpd kwn. Kadang tu terasa diri mcm terpinggir, rasa nak jauh drpd org. Business partner Aisyah yg dulu mmg Aisyah rapat pun jadi mcm dah jauh. Dia tak buat salah pun, tapi Aisyah mesti akan mengelak kalau nak jumpa dia. Aisyah pun tak tahu kenapa rasa mcm tu.

For now, Alhamdulillah semuanya dah kembali normal. Cuma kena banyakkan zikir & amalan. Akhir kata, hati-hati dgn sesiapa yg korang kenal. Kalau korang baca drpd part 1, korang akan faham apa yg Aisyah maksudkan. Aisyah nak minta tips kalau ada yg pernah kena gangguan ke, boleh share tak apa amalan korang? Doakan Aisyah sentiasa sihat & berjaya dunia Akhirat. Share dekat comment okay!

Sumber: Aisyah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×