Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh mendakwa mengalami fasa hidup yang sukar selepas berkahwin.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh & Shuk Sahar Gaduh Lagi? Dakwa Terima Layanan Buruk Sepanjang Hamil – ‘Aku Tak Takut Hilang Kau’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Dakwa Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar, Minta Diceraikan? – ‘Pujuk Dia Lepaskan Saya’
Sebelum berkahwin
View this post on Instagram
Menerusi perkongsiannnya di laman Threads, Fara berkata, semasa berstatus bujang dia mempunyai kewangan yang baik dan mampu berbelanja untuk kepuasan diri.
Sebelum kahwin saya tinggal di kondominum tiga bilik, ada kereta sendiri, ada kerjaya.
Dua minggu sekali akan pergi membeli-belah, mampu beli beg tangan dan kasut mewah serta bercuti dengan kawan-kawan.
Hujung bulan kalau nak tunggu gaji paling sikit pun mesti ada baki RM1,000.
Kepayahan hidup
Walau bagaimanapun, kehidupannya kini berubah apabila dia tidak lagi mampu untuk berbelanja seperti dahulu.
Sekarang tak mampu dan semua itu sudah tiada. Banyak kali dalam akaun hanya tinggal RM30, RM50 sahaja.
Susah gila dengan komitmen yang aku ada dari sebelum kahwin RM2,000 sehingga hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat untuk Fara agar dia dapat bangkit semula demi cahaya mata di dalam kandungannya.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Sumber: Threads Fara Salleh