Kematian boleh datang tanpa mengenal usia. Siapa sangka seorang remaja yang masih muda boleh diambil ‘pergi’ dalam sekelip mata.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang guru, Fatimatuz Zahra Mohammad Yusof yang menceritakan kisah sedih mengenai kematian anak muridnya, Amir Hamzah. Lebih meruntun hati apabila Fatimatuz mendedahkan sikap sebenar Amir Hamzah dengan menyifatkan arwah seorang anak murid yang sangat baik dan sopan.
‘Pecutlah ke syurga’
Arwah murah dengan senyuman
Menerusi perkongsian yang ditulis Fatimatuz di laman Twitter miliknya memberitahu Amir merupakan seorang insan yang sangat pemurah dengan senyuman. Setiap kali apabila berselisih atau melihat wajahnya, pasti senyuman terukir di bibir arwah. Walaupun datang daripada keluarga asnaf tetapi arwah tidak pernah menyusahkan orang lain sehinggalah saat-saat akhir kematiannya.
Arwah sempat tulis nota
Tambahnya lagi, arwah juga tidak pernah memberitahu bahawa sakitnya itu semakin teruk kerana tidak mahu menyusahkan orang lain sehinggalah pada suatu hari guru-guru di sekolah tersebut mengetahui bahawa Amir kini sudah berada dalam keadaan yang sangat tenat. Lebih menyedihkan ketika arwah semakin tenat dan tidak mampu untuk berkata-kata, arwah sempat menulis nota memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa dia ingin dikebumikan di sebelah kubur atuknya.
‘Rehatlah dari kesakitan dunia’
Amir cakap besar nanti dia nak kerja gaji besar, sara mak dan keluarga. Takpe lah mir besarkan istana dekat sana, rehatlah dari rumah kecik amir… Rehatlah dari kesakitan dunia
— PSJ (@ftzarmy) May 10, 2020
Sumbangan buat arwah
Hilangnya permata yang sangat berharga
Sumber: Fatimatuz Zahra Mohammad Yusof