Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi pengalamannya bertemu dengan banduan ketika melakukan lawatan kerja di Penjara Taiping, Perak.
Artikel Berkaitan: Bapa Rog*l Anak Berstatus Kelainan Upaya Sampai Hamil 8 Bulan
Artikel Berkaitan: ‘Sakit Weh Kena Makan Dengan Ayah Sendiri Dari Umur 4 Tahun Sampai Tingkatan 3..’
Penjara 75 tahun sebab rogol 3 anak
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform X, lelaki yang dikenali sebagai Cik Sepul ini memberitahu pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan oleh banduan yang ditahan di penjara tersebut.
Menurut individu ini, banduan yang paling lama ditahan di penjara itu adalah seorang lelaki berstatus bapa yang dijatuhi hukuman penjara selama 75 tahun atas kesalahan merogol tiga anak perempuannya.
Selesai tugas di Penjara Taiping. Terlalu banyak cerita aku dapat harini. Antaranya banduan paling lama kat dalam sekarang ni kena 75 tahun sebab rogol tiga anak dia.
Alasan “sebelum orang lain rasa baik saya rasa dulu Tuan”. Perghh hang bayangkan. Tapi memang ada.
Tambah individu ini, banduan yang paling ramai ditahan di Penjara Taiping adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan seksual termasuk seorang datuk merogol cucu, bapa merogol anak dan banyak lagi.
Orang Islam tu. Rumah jenis tak ada bilik di pedalaman. Banduan kesalahan seksual paling banyak. Termasuklah datuk rogol cucu. Banduan bunuh cincang mak dia ada juga sebab dadah.
Polis yang langgar budak sampai mati kat Ipoh pun ada dalam ni masih kena reman.
Banduan makan 6 kali sehari
Makanan paling popular untuk banduan akhir sebelum kena gantung adalah KFC. Hukuman gantung last kat Penjara Taiping tahun 2018.
— _sepul_ (@ciksepul) December 30, 2024
Dalam masa yang sama, individu ini turut berkongsi tentang anggaran kos makanan yang diperuntukkan untuk seorang banduan adalah berjumlah RM35.40 sehari.
Kadar makan minum sehari untuk setiap banduan di Malaysia adalah RM35.40. Sehari 6 kali makan. Makan takdak garam. Minuman tak buh gula. Sebab tu banduan kena kerja kat dalam untuk dapat gaji sebagai motivasi untuk beli kicap dan gula. Anggaran 90,000 banduan di Malaysia.
Makanan paling popular untuk banduan akhir sebelum kena gantung adalah KFC. Hukuman gantung last kat Penjara Taiping tahun 2018.
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut berkongsi pengalaman dan pandangan mereka tentang perkara tersebut.
My husband working dekat penjara changi singapore, ada sorang atuk tua ni kesalahan rogol cucu, bila my hubs tnye tkde rasa bersalah ke? Dia cakap budak tu berhutang dgn dia sbb dah jaga dia dari kecik. Bila dia ckp tu tkde secubit penyesalan pun.
Buang duit nak tanggung org macam tu dalam penjara. Baik mati je terus. Perangai macam binatang.
Bekas tukang masak penjara somewhere in ipoh- tak ada garam gula tu memang menipu bro. Makan lebih kurang 4-6rm satu meal. Portion kecik , nasi skot, protein sikit . Sayur sikit. Tapi tak ada rasa tu memang nonsense bro. Siap kita buat western lagi untuk diorang.
ya ke makan 6X sehari? Itu warden yang makan kot. Yang makan 6X sehari adalah di pusat pemulihan dadah je. Dalam penjara makan pagi, tengahari dan malam. Kalau ko join mereka makan gua percaya, jika tidak anggap la warden tu pembohong.
Mewah betul sampai RM35.40 sehari. Aku yg kais pagi makan pagi ni pun RM 12 je sehari. Yang pelik RM35 tu tak sedap. Aku kalau dpt RM35 sehari tu, 2 kali makan chicken chop, kenyang dan sedap
Sumber: X CikSepul