berita

Sebuah ‘Pulau Maut’ Di Thailand Yang Anda Tidak Patut Pergi.. Beberapa Pelancong Telah Hilang, Dibunuh & Dirogol

September 13th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Thailand merupakan salah satu destinasi kegemaran orang ramai, terutama sekali pelancong-pelancong dari negara Eropah dan semestinya mereka ke sana untuk menikmati keindahan pulau popular seperti Phuket atau Krabi. Tetapi tahukah satu pulau bernama Koh Tao telah dilaporkan sebagai ‘Pulau Maut’. Pelancong juga tidak digalakkan untuk pergi ke sana. Beberapa pelancong juga dilaporkan telah jadi mangsa ‘bunuh, rompak dan rogol’. Takutnya!

Pulau Koh Tao, destinasi percutian ‘berhantu’ di Thailand?

Baru-baru ini, seorang remaja mendakwa dirinya telah menjadi mangsa dadah, rogol dan rompak di ‘Pulau Maut’, Pulau Koh Tao, Thailand dan memberi amaran supaya pelancong tidak ke sana lagi. Remaja berumur 19 tahun itu mendakwa pihak berkuasa di Thailand seperti tidak mengendahkan kes itu kerana risau ia akan memberi imej buruk terhadap pulau di negara itu.

Seorang pelancong dari London yang mendakwa turut menjadi mangsa berkata;

Saya menyarankan supaya orang ramai tidak ke pulau tersebut. Saya rasa sudah tidak selamat lagi untuk kembali bercuti di pulau Koh Tao.

Saya tidak mengatakan bahawa Thailand negara yang tidak selamat untuk anda bercuti, kerana negara itu merupakan salah satu destinasi percutian kegemaran saya. Thailand sememangnya negara yang bagus, cuma ada beberapa perkara ‘gelap’ yang anda tidak nampak.

Koh Tao merupakan pulau yang sering terima kunjungan pelancong-pelancong dari British. Tetapi semuanya bermula apabila Hannah Whiteridge, 23, dan rakannya David Miller, 24, ditemui mati di pulau tersebut.

Hannah Whiteridge dan David Miller dibunuh di Thailand pada tahun 2014

Dua suspek yang dilaporkan telah membunuh Hannah dan Miller

Oleh kerana beberapa berita kematian dan kehilangan pelancong di sana, pulau itu telah dianggap sebagai ‘pulau maut’. Seorang lagi pelancong wanita dari London menceritakan pengalaman buruknya ketika bercuti di sana. Dia mendakwa telah diserang pada 26 Jun lalu di Pulau Sairee.

Lokasi itu merupakan tempat yang sama dimana Hannah dirogol sebelum dibunuh. Dia percaya bahawa seseorang telah memasukkan dadah dalam minumannya ketika dia berada di sebuah bar berhampiran pulau tersebut. Selepas itu, dia merasakan dirinya sangat penat dan sudah tidak ingat apa yang terjadi.

Apa yang ingat selepas bangun dari tidur, seluar dalam serta seluar pendek sudah ditanggalkan. Seorang lelaki Thailand berdiri di sebelah sambil memberikan senyuman kepada saya. Sebelum dia beredar, dia juga turut mengambil telefon bimbit, duit serta kredit kad saya.

Saya juga mengalami kulit terbakar di bahagian lutut. Oleh sebab rasanya yang amat pedih, saya terpaksa meletakkan pasir di bahagian kecederaan itu.

Selepas kejadian itu, dia mengambil bot untuk ke Koh Phangan untuk membuat laporan polis. Namun mereka tidkak mahu mengambil apa-apa tindakan kerana perkara itu berlaku di pulau yang lain.

Antara mangsa lain

Elise Dalemagne, 30, ditemui mati tergantung di dalam hutan Koh Tao pada 28 April 2017

Luke Miller dari Newport, ditemui mati dalam kolam renang

Pelancong dari Rusia,Valentina Novozhyonova, 23, dilaporkan telah hilang dari salah satu tempat penginapan di Koh Tao pada pertengahan bulan Februari lalu.

Christina telah mengemas kini status di Twitter mengatakan dia telah mengambil ubat kerana mengalami sakit dada, beberapa hari sebelum meninggal dunia.

Mayat Bernd Grotsch ditemui di rumah, di Koh Tao

Sumber: The Sun

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×