Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberitahu beliau akan membantu urusan suami dan dua anak kepada Allahyarham Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London pada Khamis.
Artikel Berkaitan: Wartawan Hiburan, Fiza Kamarudin Meninggal Dunia Di London
Artikel Berkaitan: Wartawan Hiburan Tak Sedarkan Diri, Kritikal Di London
Cuba membantu
Menurut Fahmi, suami arwah iaitu Mohd Roshdi Ramli memaklumkan ketika ini dia sedang menanti panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian isterinya.
Saya dimaklumkan saudara Roshdi sedang menunggu panggilan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematian.
Sementara menunggu, insya-Allah saya cuba membantu urusan Roshdi dan dua anaknya.
Pada masa yang sama, Fahmi memaklumkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK) juga sedang membantu urusan yang berkenaan.
Terdahulu, Fiza atau Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan dalam otak.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11.30 malam waktu Malaysia.
Sumber: Fahmi Fadzil